LOVE IS BLIND

ISBN: 9789671620939
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,SUARA HATI
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 813

Zachary: Dari benci cinta itu datang. Kerana cinta, aku tidak boleh melepaskan kau pergi. Kecelakaan yang berlaku kepada aku bukan asbab untuk aku menjerat kasihmu. Biar aku dianggap memenjarakanmu di dalam sangkar emas. Demi memandangmu, mendengar suaramu saban waktu, aku terpaksa melupakan sifat belasku. Damia: Zachary, kau perdayakanku tanpa aku ketahui apa maksud sebenarmu. Memenjaraku di istanamu bagaikan patung cendana. Kalau cinta, di mana sentuhan kasihmu? Aku diberi kasih namun, tidak dibaja. Layakkah aku menjadi suri di hatimu? Tingkahmu adakalanya membuatkan sanubariku penuh curiga. Tiga tahun pernikahan kita. Jijiknya aku rasa diri ini apabila kau sendiri tidak sudi menyentuhku selayaknya sebagai seorang isteri yang sah. Kerana cinta mereka berpisah. Apa yang terjadi kerana tidak sengaja. Hati Damia sangat terluka membuatkan dia sudah tawar hati. Keadaan itu membuatkan Zachary hampir-hampir hilang nyawa. Namun… demi cinta yang masih ada, mereka bersatu kembali. Namun, sikap Zachary masih tidak berubah. Sampai bila Damia harus menunggu dirinya disentuh oleh lelaki itu? Perlukah dia menagih nafkah yang tidak pernah terzahir itu? Pabila dugaan mendatang, hati cepat benar berprasangka. Damia kalah dengan cemburunya. Tindakan Zachary tanpa belas telah meruntuhkan tembok kepercayaan Damia terhadap lelaki itu. Kebencian tertanam di lubuk sanubarinya sehingga dia memadamkan terus nama Zachary dalam kamus hidupnya.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)