Sebenarnya saya dapat buku ini dihadiahkan untuk Hari Lahir saya. Saya rasa gembira dan puas hati dengan isi kandungan yang luas, mendalam dan juga menenangkan. Kita tidak perlu untuk penyokong tambahan untuk buku ini kerana isi kandungannya yang mengingatkan kita untuk dalam keadaan aman. Cara pengolahan penulis ini sangat mengkagumkan susunannya yang mana setiap langkah-langkah itu dirasakan mampu untuk dilaksanakan sepanjang kita hidup. Saya sangat mengesyorkan buku ini kepada orang yang baru yang tidak fasih bahasa Inggeris atau orang mencari bahan bacaan yang berkaitan tentang keamanan dalam hidup. Tetapi, saya kurang mengesyorkan buku ini kepada pembaca buku Inggeris kerana buku ini memberikan isi kandungan yang agak 'ringan' (jika dibandingkan dengan buku berkaitan dengan keamanan dalam hidup dalam bahasa Inggeris).