Kalaulah boleh diabaikan saja isu-isu yang menyerabutkan kita pada hari ini, pasti hidup akan jadi lebih mudah.
Malang sekali, ia mustahil!
Isu-isu ini akan tetap wujud dan berlegar di sekeliling kita. Tanpa prinsip yang jelas, kita akan mudah dipengaruhi oleh pandangan orang lain.
Mungkin telah sampai masa untuk kita berpatah balik selangkah ke belakang dalam melihat semua isu ini. Mengapakah ia mencetuskan pelbagai konflik?
Melalui buku Seni Berfikir Yang Hilang, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengupas enam cabang ilmu yang seharusnya kita kuasai. Ilmu yang membentuk cara fikir kita, sekali gus membantu kita menghadapi isu-isu sekitar kehidupan dengan lebih matang.
Buku yang sangat bagus, Ia mengupas teras pemikiran bagaimana mengintegrasi dunia dan akhirat secara seimbang dan mudah berdasarkan masalah seharian.
b
biey
Terbaik!
Penulisan yang sangat bagus dan mudah difahami, pelbagai ilmu yang diketengahkan, antaranya ilmu agama, sejarah, sastera dan bahasa, sains, kemanusiaan dan juga ilmu hal ehwal semasa.
K
Khalby Shawalizan Bt Nasir
Seni berfikir yang hilang
Terbaikk!Salah satu buku terbaik yang pernah saya baca tentang seni berfikir yang dah hilang dalam kalangan muslim pada hari ini. Enam cabang ilmu yang perlu dikuasai muslim dalam menghadapi isu2 atau ujian yang akan datang dalam kehidupan seharian.Sangat2 bagus!
S
SITI RADHIAH
Berilmiah
Setiap cabang ilmu akan membentuk cara pemikiran seseorang. Namun, setiap ilmu dibina atas konsep dan prinsip yang berbeza terutamanya ilmu duniawi. Kita tidak seharusnya berfikir dan menilai sesuatu perkara yang berada di luar bidang dan kepakaran kita kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kerosakan jika disampaikan pada orang awam, sepertimana yang kita boleh lihat keadaan masyarakat kita pada hari ini. Maka, buku ini dihasilkan untuk bacaan orang awam seperti kita untuk mengetahui dan mempelajari pelbagai cabang ilmu sekurang-kurangnya kita boleh memahami prinsip setiap ilmu tersebut dan melahirkan individu serta masyarakat yang mengamalkan konsep 'agree to disagree' kerana menghormati ilmu dan kepakaran masing-masing.
s
saiful
good book
penulis mengajak para pembaca untuk berfikir dan belajar bagaimana mendepani pelbagai isu dengan tidak hanya mengikut, tetapi dengan berfikir, seperti ilmuwan islam silam yang tidak hanya hebat dalam sesuatu bidang semata mata.
Payment & Security
Payment methods
Your payment information is processed securely. We do not store credit card details nor have access to your credit card information.