Hijab Sang Pencinta

ISBN: 9789674464905
Checking local availability
RM23.00
Product Details

Publisher,Buku Prima
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Rasa rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

HIJAB SANG PENCINTA- pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini...

Customer Reviews

Based on 10 reviews
60%
(6)
40%
(4)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
C
Cik Idayu
Bahagia yang sementara

Novel ini kembali mempertemukan Haryani dan Laksamana sunan! Love it walau terasa tak best sikit sebab Laksaman Sunan lagi sesuai dengan Ratu Sulaman. Buku ìni mengambil kisah Ashabul Kahfi dan ia diolah dengan sangat menarik. Terbaik!

Z
Zaihan
Hijab Sang Pencinta

RAM membawa kita mengembara bersama Sunan yang ingin pulang ke kampung halaman untuk berbakti kepada orang tua

Z
Zaihan
Hijab Sang Pencinta

RAM membawa kita mengembara bersama Sunan yang ingin pulang ke kampung halaman untuk berbakti kepada orang tua

S
Shakir
Time-Travel

Penulis yang sentiasa membawakan cerita yang menarik pada masa dan ke semasa.
Antara yang ditonjolkan didalam novel ini adalah Time Travel oleh si Hero kembali ke masa lampau. Penceritaan yang membawakan konsep dan menyentuh prinsip kerohanian serta agama.

S
Shakir
Time-Travel

Penulis yang sentiasa membawakan cerita yang menarik pada masa dan ke semasa.
Antara yang ditonjolkan didalam novel ini adalah Time Travel oleh si Hero kembali ke masa lampau. Penceritaan yang membawakan konsep dan menyentuh prinsip kerohanian serta agama.