Bukan Cinta Semusim

ISBN: 9789672137955
Checking local availability
RM26.00
Product Details

Publisher,Idea Kreatif
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,

Mewangi Selamanya

Phi Phi Island menjadi saksi pertemuan antara Niq Nashriq dan Nuraisha Iman. Kerana satu insiden, termeterai satu perjanjian.

“One week husband, you have nothing to lose.”- Niq

Bagi Aisha, itu hanyalah perjanjian. Namun bagi Niq, dia mengharapkan lebih daripada itu.

“Cinta pun macam mee segera?”- Aisha

“Nikah dulu baru pupuk cinta dan sayang.”- Niq

Pada malam terakhir di pulau, mereka saling mengikat dengan harapan akan saling mencari bila pulang ke Malaysia nanti. Namun, apa yang Aisha saksikan di airport, melukakan hatinya. Dia nekad melupakan semua memori antara dia dan Niq.

“Jangan lupa, saya masih suami awak.”- Niq

“Fake husband.”- Aisha

“Saya cuma suami yang tak tunaikan tanggungjawab seorang suami.”- Niq

Cabaran Niq untuk memenangi semula hati Aisha makin mencabar bila dia tahu Nazrin, adiknya sendiri adalah ‘crush’ isterinya. Dia bertindak pantas. Pernikahan mereka harus dihebahkan.

“I hope for the best and you should prepare for the worst.”-Nazrin

Munculnya Naira dan Fatim, makin menambah kekusutan. Yang seorang, mengejar cinta Niq sejak sekian lama dan seorang lagi, menjadi memori yang sukar dilupakan Niq.

“Bagi I satu alasan kukuh, Niq. Then, I will walk away.”- Naira

“Stop being dramatic, N.”- Niq

Dan, sedikit demi sedikit semuanya makin jelas. Ada rahsia besar yang Niq simpan dan ia turut terkait dengan Aisha.

Apakah rahsia itu? Adakah Niq masih mencintai cinta pertamanya? Benarkah Niq mencintai Aisha seperti lafaz cinta yang diucap tatkala berada di pulau. Atau, ada agenda yang tersembunyi?

Customer Reviews

Based on 3 reviews
100%
(3)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
W
WanNorhatiqah
Bukan Cinta Semusim

Sebuah novel cinta yang sangat sedap dibaca. Novel yang tak memeningkan dengan plot berat & stress free. Baca sambil santai.

J
Jane
Menarik dan Terhibur

Perjanjian yang termeterai antara Niq dan Aisha yang dirahsiakan telah membawa hidup Aisha tidak seperti diharapkan. Berbagai ujian dihadapi Aisha terutama daripada ahli keluarga Niq yang tidak menghormatinya. Perebutan cinta antara adik Niq telah menyedarkan Niq harus memenangkan hati Aisha. Keadaan makin keruh dengan kemunculan Naira yang ingin kembali kepada Niq dan Fatim yang merupakan sejarah lamanya. Konflik demi konflik bilakah akan berakhir?