My Heart With You

ISBN: 9789838221764
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 549

Sementara atau selamanya? Kemanisan yang memeritkan atau kepahitan yang membahagiakan. Ada cerita kita yang penuh dengan konflik. Ada plot mereka yang terpedaya dengan tipu helah. Berbekalkan dengan memori yang palsu, Adra Delisha bergelut dengan pelbagai kejadian yang bermula apabila dia termasuk ke alam bunian tanpa sedar dan bertemu dengan seorang jejaka bernama Amar Solehin.

“Pertemuan kita bukan realiti sebenar, Abeer.” – Amar Solehin

Walau bagaimanapun, satu demi satu rahsia yang disimpan selama ini terbongkar. Amar melepaskan Adra untuk pulang ke dunia asalnya. Tamat satu konflik, Adra terpaksa berhadapan dengan konflik yang lain. Tatkala tercetus pertengkaran yang berlaku di antara Adra dan suaminya, Nurhan Amin, kemalangan yang telah menimpa Adra mengakibatkan Adra koma. Sepanjang tidak sedar, pita memorinya memutarkan memori lampau. Memori ketika dia bertunang dengan kawan karibnya sendiri, Haikal.

"Sepanjang kita bertunang, aku tak nak kau jumpa aku atau kita berjumpa di mana-mana. Kalau pun kita terserempak, aku nak kau jangan tegur aku, jangan lambaikan tangan pada aku. – Adra Delisha

Itulah syarat yang pernah diberi kepada Haikal sepanjang pertunangan mereka. Namun, kehilangan Adra tujuh tahun yang lalu tiba-tiba menjadi teka-teki sebaik saja Adra mendapat serba sedikit maklumat di dalam komanya.

"Dialah punca segalanya, Abeer." Mampukah dia membongkar segala kekeliruan tersebut dan mengetahui apa yang dipegang erat oleh seseorang? Bakal bersinarkah kisah cinta mereka satu hari nanti? Aku, kamu dan mereka, setiap orang akan mengharungi liku-liku kehidupan yang membuat kita memilih walhal sungguh mudah sebuah kisah cinta musnah jika dicampuri oleh anasir yang kotor.

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)