Ada Yang Tertinggal

ISBN: 9789672803041
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,Idea Kreatif
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Tertipu oleh Harris Shah yang mengaku bujang walhal sudah berkeluarga, Sofea Hana mengambil keputusan untuk lari dari lelaki itu. Dia tak mahu jadi perosak rumah tangga orang.

Tinggal di kampung tok ma dan tok ayah dengan harapan dia akan mendapat ketenangan.

“Awak yang tinggalkan dia, dah kenapa awak berkelakuan macam orang tak siuman terjerit-jerit kat tempat awam macam ni?” - Jeffry.

“Eh, saya kenal awak pun tak, tiba-tiba nak menyibuk tentang saya ni, apa hal?” – Sofea.

Mulut tak bertapis + suka menyibuk Jeffry Asyraf, anak teruna jiran tok ma membuatkan tenang yang Sofea cari ternyata gagal. Yang dia dapat selalunya sakit hati.

Tapi di sebalik mulut Jeffry yang begitu, rupa-rupanya lelaki itulah tukang azan di masjid yang bersuara merdu, yang selalu buat Sofea terpikat dengan kemerduannya.

“Tentang Harris tu, boleh saya tanya sikit?”- Jeffry.

“Suka jaga tepi kain orang ya, awak ni?” – Sofea.

“Saya jaga tepi kain awak je.” – Jeffry.

“Katalah awak jumpa Harris lagi, apa awak nak buat?” – Jeffry.

“Saya nak lempang dia laju-laju. Biar otak dia bergegar, biar dia jadi sewel.” – Sofea.

Bila Sofea mula jatuh suka pada si tukang azan bersuara merdu itu, ada gadis lain turut menyimpan rasa yang sama. Taasub dengan cintanya, Hawa sanggup menghantar cincin untuk meminang Jeffry.

Lebih menyulitkan keadaan, Harris pula muncul menuntut janji yang belum tertunai.

Sanggupkah Sofea terima Harris semula sedangkan hatinya sudah berpindah pada Jeffry? Dan Jeffry pula, sudikah dia menerima pinangan Hawa? Dalam masa sama, relakah dia melihat Sofea menjadi milik Harris?

Customer Reviews

Based on 8 reviews
88%
(7)
13%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
J
Jamalia Ibrahim

Ada Yang Tertinggal

N
Noramalina shamsudin
Ada Yang Tertinggal

Sebuah novel yang mencuit hati pembaca iaitu dengan percintaan antara Sofea dan Jeffy yang sering bergaduh tetapi masing2 mencintai satu sama lain. Wujud org ketiga di antara mereka, Pelbagai konflik untuk mempertahankan cinta mereka. Best. Wajib dapatkan.

s
sitinurkhadijahjaafar
Ada Yang Tertinggal

Sebuah novel cinta yang mengisahkan sofea yang lari dari Harris yang telah menipu statusnya. Sofea yang lari untuk mencari ketenangan di kampung terjumpa jeffry jiran tok ma. Ternyata sangkaan nya meleset untuk dapatkan ketenangan bila mana setiap hari pasti mereka seperti anjing dengan kucing bila mereka bertembung. Namun perhubungan mereka membibitkan rasa cinta tanpa disedari. Namun terjadi konflik di antara bibit bibit manis mereka yang akan menentukan hala tuju mereka. Kena dapatkan karya ini. Best giler.

F
Fida
Recommended

Plot cerita yg bagus dan tak membosankan. Boleh layan je sampai tak rasa bosan..hehe.

F
Fida
Recommended

Plot cerita yg bagus dan tak membosankan. Boleh layan je sampai tak rasa bosan..hehe.