Dia Yang Mencintai Aku

ISBN: 9789672394136
Checking local availability
RM28.90
Product Details

Publisher,Karya Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Lelaki itu pernah dicintai dalam diam. Inilah lelaki yang bakal menjadi imamnya suatu hari nanti. Dia yakin lelaki itulah yang akan menemani hari-hari tuanya. Namun, belum sempat bunga-bunga cintanya mekar mewangi, dia diminta melepaskan lelaki itu. Walaupun terluka dengan permintaan itu, Hidni terpaksa akur. Perasaan yang baru bercambah itu harus diketepikan. Lelaki bernama Aqid Rayyan perlu dilepaskan daripada hatinya. Lelaki itu bukan miliknya. Ada insan lain sudah bertakhta di hati lelaki itu.

Tiga tahun Aqid meneka dalam kesamaran. Mencari di mana silap dirinya sehingga gadis itu menghilangkan diri. Separuh dirinya hilang. Kehilangan gadis itu betul-betul membuatkan dia hilang semangat.

"Kau jangan nak seksa diri sendiri Qid. Aku tak nak hilang sahabat hanya kerana seorang wanita seperti dia tu. Tak berbaloi langsung."- KAMARUL

Namun... Percaturan Allah memang hebat. Saat Aqid mulai reda dengan kehilangan gadis itu, Allah menemukan mereka semula. Pertemuan yang tidak dijangka itu membuatkan jiwa lelakinya kembali resah. Ternyata rasa cinta itu masih ada. Namun, ego seorang Aqid Rayyan memang tinggi.

“Tiga tahun saya menanti dan mengharapkan awak muncul semula. Sehingga satu ketika saya sudah berhenti untuk mengharap. Lelaki ini hilang semangat untuk hidup hanya kerana seorang wanita.” – AQID ZAYYAD

"Saya tahu saya silap kerana menghilangkan diri. Saya tak kisah awak nak salahkan saya tetapi jangan sesekali awak menyalahkan pertemuan kita. Sudah lama saya nantikan saat ini. Saat kita dipertemukan semula" - DURATTUL HIDNI

Bagi Aqid, kisah mereka sudah lama tamat tetapi bagi Hidni kisah cinta mereka baru bermula. Makin Aqid menjauh makin dekat Hidni datang. Cuma Wizran jadi penghalang antara mereka. Siapa Wizran? Siapa pilihan Hidni? Bagaimana kesudahan cinta mereka?

Customer Reviews

Based on 5 reviews
40%
(2)
60%
(3)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
N
Nursyifa aliatulhuda Binti Zulkefle
Dia yang mencintai aku

Overall jalan cerita yang menarik, not too cringe and best 👍🏻 Dan delivery book pun cepat and pantas

A
Asraff Termizi
Menarik

sebuah novel yang menarik untuk dibaca dengan jalan cerita yang ringkas dan mudah untuk difahami.

b
biey
Terbaik!

Sebuah novel cinta yang menarik dan romantik. Kisah percintaan antara Hidni dan Aqid yang melalui pelbagai konflik untuk bersama.

s
sitinurkhadijahjaafar
Dia Yang Mencintai Aku

Sebuah novel cinta yang mengisahkan Hidni dan Aqid yang saling mencintai pada awalnya tapi terputus tengah jalan. Kembali bertemu dengan izin Tuhan, membangkitkan kembali cinta dalam hati masing masing. Namun ego masih menyelubungi diri aqid. Jalan cerita yang menarik dan tidak membosankan pembaca. Best.

F
FARHANA
good read

sesuai utk peminat novel.highly recommended