Nota: 3

ISBN: 9789670954899
Checking local availability
RM19.90
Product Details

Publisher,Buku Fixi
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 350 g
No. of Pages,

“Aku nak bagi story bagus kat kau ni. Memang ada orang yang cuba nak bunuh aku. Aku ada dapat surat. Macam notis. Macam nota. Macam ni ha.” – Amri Adnan.
 
Kali ini Ray disogokkan pula dengan beberapa siri nota yang diterima oleh musuh tradisinya untuk dijadikan novel. Setiap satu nota itu mengandungi 117 patah perkataan dan kesemuanya berupa ancaman bunuh. Akibat rasa ingin tahu siapa pengirim dan apa kaitan angka 117 pada nota-nota itu, dia bersetuju untuk mencari jawapannya. 
 
Dalam pencariannya itu, dia telah menelusuri dua jalur yang berbeza: Antara memaafkan dendam lampaunya atau terus berperang dengan perasaannya sendiri.

Customer Reviews

Based on 3 reviews
33%
(1)
67%
(2)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
A
Asraff Termizi
Nice

Trilogi ni buatkan aku terfikir macammana resahnya Ray menjadi orang yang mula merapat dengan situasi mental bercelaru, macam mana kau tak dapat kawal minda dan kawarasan kau, macam mana kau rasa tak dapat nak ingat apa yang baru orang sebutkan pada kau, macam mana otak kau boleh dimanipulasi oleh orang lain sebab kau sendiri tak dapat beza mana benar mana salah.

M
Mohamad Zariq Zaquan
Nota 3

Plot kali ini boleh buat kau keliru betul. Kena baca dengan cermat. Aku suka cara penulis 'bermain' dengan watak Ray. Rasa janggal dan pelik tetapi addictive. Nota kali ini agak lain berbanding dua buku sebelum ini, jadi naratifnya lebih segar bagi aku. Jauh juga Ray bawa aku ke Delhi dan Agra.
Perjalanan plot dan isinya buat aku sentiasa mahu terus baca. Ada satu 'force' yang bagi aku rasa tak sabar untuk tahu penamat kepada Ray. Penulis betul-betul buat aku berfikir tentang hujung kisah NOTA ini, dan aku suka bila ia kekal 'misteri'...