Jika Itu Takdirku

ISBN: 9789674691813
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,Karya Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Kupasrahkan segala kepada Tuhan Seandainya ini memang sudah ditakdirkan… Kelmarin, dia masih ada di sisiku. Merangkulku mesra penuh romantis. Ketika itu, aku sangka akulah perempuan paling bahagia di dunia. Sebaliknya hari ini, di hadapanku tanpa rasa bersalah dia merangkul wanita lain. Di khayalak ramai! Kini akulah wanita termalang di dunia.

“You sayang I, kan?” Aku tundukkan wajah bila mendengar soalan Melinda itu. Kalau mampu, aku mahu pekup telinga. Aku tak mahu mendengar jawapan yang Ray akan beri.

“Of course.” Itu suara Ray.

“Kita pergi dari sini. Jauh. Just you and me. You kata nak pergi overseas dengan I, kan? I bawa you. Kita pergi. You nak pergi Greece, kan?” Sekali lagi suara Ray kedengaran. Dan aku hanya mampu ketap bibir. Tahan rasa. Aku angkat wajah dan nampak Melinda mula mahu menapak kepada Ray. Ya-ya. Nak pergi jauh dengan suami aku. Sweet sungguh pasangan merpati dua sejoli ini. Saat aku kenang bagaimana Ray begitu mengejarku sebelum ini, hati terasa musykil. Betapa konsistennya dia mencuba walau aku tidak pernah fikir sebelum ini untuk jatuh cinta. Ya, aku wanita yang punya segalanya.

“Marry me!” – desak Ray.

“Eh orang gila! Tolong jadi gila sorang-sorang. Jangan nak ajak orang lain gila sama.” Itu jawabku dulu. Kini, semua bagai tak bererti. Dia tak lagi pulang. Tak lagi memanjakan aku seperti dulu, malah memilih Melinda, mungkin cinta pertamanya. Aku yakin dia memang cintakan kau. Aku nampak pandangan mata dia setiap kali dia tengok kau. Itu pujukan Ameena padaku. Kalaulah semua itu benar, namun tak mungkin kerana kini dia bahagia dengan Melinda.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)