Zikir & Doa Muslimah Solehah

Checking local availability
RM30.00
Product Details

Publisher,PTS Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Buku Zikir Muslimah Solehah ini sebagai salah satu bentuk ikhtiar bagi memberikan motivasi kepada Muslimah supaya lebih bersemangat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t., sekali gus menguatkan rasa cinta kepada Allah s.w.t. Apabila kita menjaga doa dan zikir, amal soleh yang lain turut terjaga.

Customer Reviews

Based on 9 reviews
100%
(9)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
K
Khalby Shawalizan
Zikir & doa muslimah solehah👍👍

Satu buku doa yang lengkap khas untuk muslimah.Banyak zikir2,selawat2 dan doa2 yang boleh diamalkan dalam kehidupan dalam usaha untuk menjadi muslimah yang sejati.Saya suka buku ni!Terbaik👍

s
shima
Zikir & Doa

Setiap ayat yang digunakan ada disertakan bacaan rumi untuk memudahkan para pembaca menyemak bacaan dan juga ada maksud ayat tersebut. Bacaan doa dan zikir tersebut juga dinyatakan dari sumber Al-Quran atau hadis.

N
Nurhidayah
Himpunan Zikir & Doa

Sebenarnya buku ini sesuai bukan sahaja untuk wanita bahkan untuk lelaki juga. Cuma ada kandungan buku ini yang khusus untuk wanita seperti Doa Solusi Masalah Kewanitaan. Selain untuk bacaan sendiri, buku ini juga sesuai dijadikan hadiah buat wanita. Buku yang bagus, tidak rugi untuk memilikinya.

s
sitinurkhadijahjaafar
Zikir & Doa Muslimah Solehah

Sebagai Panduan Wanita Muslimah
Sebuah buku kompilasi doa-doa yang dikumpulkan khas untuk amalan harian muslimah. Semua wanita harus dapatkan naskah ini untuk panduan doa,zikir, selawat, solat sunat dan fardhu dan banyak lagi. Sangat disyorkan.

z
zafirah
Sebagai Kunci Mendekatkan diri kepada Pencipta

Pada saya buku ni bukan sekadar sesuai untuk muslimah saja bahkan kaum Adam juga. Dirangkumi dalam konteks yang meluas dari panduan berdoa seperti keutamaan doa,syarat diterima doa,adab berdoa,juga berkaitan doa kelancaran rezeki,solusi masalah keluarga, kesihatan dan doa untuk menangkis sihir.
Yang bagusnya, disertakan bonus zikir dan doa-doa harian yang mungkin kita terlepas pandang dan tak amalkan dalam hidupan seharian.
Jadi, memang patut setiap rumah ada satu sebagai bahan bacaan bahkan satu permulaan untuk mendidik anak-anak dalam mendekatkan diri kepada Allah kerana doa tu kan satu penghubung antara kita hamba dengan Allah s.w.t