Umno dan Malayan Union

ISBN: 9789833698684
Checking local availability
RM18.00
Product Details

Publisher,MPH Group Publishing Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 170 g
No. of Pages,

Lt. Jen. (B) Dato Jaafar Onn telah mengambil langkah untuk menulis sejarah ringkas perjuangan orang Melayu menggagalkan Malayan Union dan menyekat misi kerajaan Inggeris untuk terus menakluk Tanah Melayu. Apa yang bermula hanya dari permintaan seorang cucu untuk mengetahui dengan lebih dalam mengenai Malayan Union, akhirnya telah membuahkan buku ini. Buku ini menceritakan bagaimana sejarah perjuangan orang Melayu dalam tahun-tahun 1940an mempertahankan maruah, martabat dan kedaulatan bangsa. Keberanian, kecekalan dan ketabahan yang ditunjukkan mereka kekal menjadi teladan dan pedoman kepada generasi hari ini.

Lt. Jen. (B) Dato Jaafar Onn, sebagai anak kandung Dato Onn Jaafar, pemimpin agung yang menerajui perjuangan pada masa itu, berjaya memberi gambaran yang jelas tentang apa yang sebenarnya telah berlaku. Dengan perpaduan dan persefahaman yang jitu yang ditunjukkan oleh orang Melayu, para pemimpin negara masa itu, berjaya membuktikan kepada Inggeris bahawa rakyat negara ini mempunyai wawasan dan impian untuk memimpin dan memerintah negara sendiri.

Sesungguhnya, kedamaian dan kejayaan yang dikecapi hari ini adalah bemula dengan perjuangan memansuhkan Malayan Union. Adalah penting bagi generasi muda hari ini memahami era kebangkitan tersebut.

Sepatah kata Dato Onn Jaafar: Melayu hanya boleh selamat apabila kuat dan kuat apabila bersatu padu.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)