100 Persoalan Mengenai Anemia

ISBN: 9789834619657
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,Dewan Bahasa & Pustaka
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Anemia atau lebih dikenali dalam kalangan masyarakat sebagai penyakit kurang darah, sering dianggap sebagai penyakit yang biasa sahaja. Walau bagaimanapun, masalah anemia tidak harus dipandang remeh kerana anemia berpotensi menjejaskan kesihatan dan aktiviti harian bagi orang yang menghidapi penyakit ini.

Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan. Hemoglobin berfungsi untuk mengangkut kosigen ke seluruh badan. Pesakit yang mengalami anemia boleh menjadi cepat lebih letih, lesu, kurang cerdas, dan cergas serta mudah mengantuk. Dalam kalangan pelajar sekolah dan penuntut universiti, mereka akan mengalami masalah kurang daya tumpuan yang boleh mengganggu pembelajaran mereka. Oleh itu, amat penting bagi masyarakat mengetahui lebih lanjut tentang masalah ini untuk mengelak terjadinya kesan buruk yang boleh memudaratkan pesakit jika dibiarkan tanpa rawatan.

Buku 100 Persoalan Mengenai Anemia ini menjawab persoalan yang sering kali diutarakan dalam kalangan masyarakat. Dengan adanya buku ini, diharap pembaca mendapat gambaran yang telus dan jelas tentang anemia. Di samping itu, para pesakit dan golongan berisiko seperti ibu mengandung juga mendapat manfaat yang sewajarnya jika membaca buku ini.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)