Al-Qur’an adalah kitab suci umat Islam yang juga merupakan mukjizat Nabi Muhammad SAW. Kemuliaan dan kelebihan Al-Qur’an dan setiap isi kandungannya disampaikan oleh Rasulullah SAW melalui hadis-hadis Baginda.
Naskhah ini mengumpulkan 133 hadis yang menyebutkan kelebihan Al-Qur’an, ayat dan surah tertentu untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita bagi mendapat pelbagai manfaat di dunia dan akhirat.