Ustaz Don Daniyal adalah Pensyarah Muda dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), berkelulusan dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau juga pendakwah bebas yang sering mendapat jemputan di pelbagai masjid, surau dan institusi pendidikan.
Program 30 MINIT USTAZ DON merupakan program siaran langsung yang bersiaran selama 30 minit, Isnin hingga Khamis pada pukul 9.30 malam. Program ini menampilkan penampilan khas ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai pengacara tetap di TV AL-Hijrah.
DVD bertajuk 30 Minit Ustaz Don – Wuduk dan Tayamum mengandungi empat episod iaitu:-
1. Wuduk – Bahagian (1)
2. Wuduk – Bahagian (2)
3. Perkara Yang Membatalkan Wuduk
4. Tayamum