{"product_id":"33-zikir-pelindung-harian-huraian-zikir-terpilih-daripada-kitab-al-azkar-imam-nawawi","title":"33 Zikir Pelindung Harian: Huraian Zikir Terpilih daripada Kitab al-Azkar Imam Nawawi","description":"\u003cp\u003e\u003cem\u003e\"Ingatlah Allah ketika kamu berdiri, pada waktu duduk dan ketika berbaring.\" \u003c\/em\u003e(Surah al-Nisa': 103)\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSebagai umat Islam, sejak kecil lagi kita telah diajar untuk memperbanyakkan zikir. Bukan setakat untuk meraih pahala, tetapi juga sebagai perlindungan. Allah SWT itu \u003cem\u003eal-Wali\u003c\/em\u003e dan \u003cem\u003eal-Hafiz\u003c\/em\u003e; Dialah Yang Melindungi, Menjaga dan Memelihara segala sesuatu.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003e33 Zikir Pelindung Harian\u003c\/em\u003e mengajak kita untuk mengamalkan zikir-zikir terpilih daripada Kitab al-Azkar Imam Nawawi — tokoh Islam yang terkenal dengan kewibawaannya dalam bidang agama. Pemilihan huraian zikir turut dilakukan dengan teliti daripada sumber yang dipercayai, untuk kesesuaian masyarakat awam.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003e“Aku menyusun kitab ini sebagai sebuah ringkasan yang menghimpunkan inti pati daripada apa yang telah disebut oleh para ulama, agar lebih mudah dirujuk oleh mereka yang menginginkannya.” \u003c\/em\u003e— Imam Nawawi\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMenerusi buku ini, kita diajar tentang zikir-zikir yang disandarkan daripada al-Quran dan hadis yang boleh dibaca pada waktu pagi, petang dan malam bagi melindungi diri dan menguatkan hati.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMoga dengan hadirnya naskhah ini, kebergantungan kita kepada Allah SWT semakin kuat apabila kita memahami makna zikir yang sebenar.\u003c\/p\u003e","brand":"Buku IMAN (Umum)","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":67792302473373,"sku":"9786297992037","price":35.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/33ZikirPelindungHarian-9786297992037-FC.jpg?v=1793934152","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/33-zikir-pelindung-harian-huraian-zikir-terpilih-daripada-kitab-al-azkar-imam-nawawi","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}