{"product_id":"ada-apa-dengan-dia","title":"Ada Apa Dengan Dia?","description":"\u003cp\u003eDia Nurul Dania Dawson. Gadis yang tidak sanggup lagi hadapi kekecewaan hidup selepas kepergian ibu dan bapa selama-lamanya. Kini dia hanya punya Zaed, adik yang menjadi pasak harapan pada kebahagiaan hidupnya. Namun apabila Zaed mula mempunyai teman wanita, dia berasa seperti diketepikan, tidak lagi menjadi yang terpenting.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“Tapi lepas mom and dad tak ada, kakak dah tak sanggup nak hadap disappointment dan sebab tu kakak anggap yang kita kena hidup happy aje. It’s not normal, kan?”\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eTakdir menentukan dia bertemu Aslan dalam pelbagai kebetulan yang tidak disangkakan. Dalam diam dia menyenangi sifat Aslan yang baginya manis namun dominan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“No worries. Aslan yang ni tak garang macam singa, kan?” — Dani\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“No worries too. Nama aje Aslan but I have Peter’s blood, King of Magnificent.” — Aslan\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003ePerhubungan mereka semakin selesa, ditambah pula ibu Aslan sendiri menawarkan diri dipanggil Dani sebagai mama. Dani sungguh gembira sehingga menjadikan Dr. Hanim sebagai VIP dalam hatinya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“Cukup masa, either you’ll be my VIP, or you’ll just stay as a filler.” — Dani\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“Berapa lama probation period Bak before dia dapat jadi VIP you?” — Aslan\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBelum sempat diputuskan status Aslan; sama ada VIP atau sekadar singgahan dalam hati Dani, satu amaran hinggap ke telinga gadis itu. Amaran daripada seseorang yang benar-benar sayangkan dia.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“Kau baik-baik dengan dia. Kawan boleh, bercinta jangan. Dengar kata dia dumped girlfriend dia kat tepi jalan lepas gaduh. Masuk akal tak? Main tinggal tepi jalan. Tak ke bahaya?” — Yaya\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDani yang takutkan kekecewaan mula berbelah bahagi. Ikut kata hati atau ikut kata mereka yang sayangkannya? Bagaimana dengan rasa rama-rama menari dalam perutnya kalau benar Aslan Hadi sememangnya lelaki red flag?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Karya Seni","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47337308258461,"sku":"9789674692452","price":26.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9789674692452.jpg-2.jpg?v=1765178141","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/ada-apa-dengan-dia","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}