Ahmad Ibrahim : Sahsiah, Pemikiran & Sumbangan Ilmiah
Publisher, IKIM Press
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 516
Karya yang mengandungi 21 bab ini dianggap sempurna dalam mengisahkan kehidupan al-marhum Profesor Ahmad bin Mohamad Ibrahim yang berkredibiliti, prolifik dan hebat dalam dunia perundangan Islam di Malaysia.
Karya ini turut mengisahkan latar belakang; siasah yang istimewa; dan pemikiran serta sumbangan hebat al-marhum dalam dunia perundangan Islam. Sumbangan ilmiah al-marhum telah dibincangkan dari pelbagai sudut, iaitu perbandingan pemikiran; kewangan dan perbankan; takaful; undang-undang murtad; undang-undang keluarga; undang-undang komersial; undang-undang jenayah syariah; dan wakaf.
Rangkuman hasil tulisan kalangan mereka yang amat mengenali keperibadian dan mengagumi pemikiran al-marhum termasuk anak beliau sendiri, bekas-bekas pelajar serta rakan-rakan seperjuangan turut dimuatkan.
Maka, tidak keterlaluan untuk menganggap karya ini adalah rakaman dedikasi, ingatan dan penghormatan yang hebat terhadap al-marhum.