Akan Kujejaki..

ISBN: 9789674152727
Checking local availability
RM24.90

#Novel ini telah memenangi TEMPAT KEDUA Pertandingan Top Novelis Mutiara Minda 2013/2014 anjuran MPH Bookstores Sdn. Bhd.

Dr Farid, seorang Pakar Kaji Mutasi Gen sedang melakukan kajian yang mampu menggegarkan dunia perubatan. Dalam usia 28 tahun, Dr Farid merupakan antara pelajar yang termuda yang telah melengkapkan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Biology Perubatan Molekul dan Genetik dari Oxford University.

Setelah lapan tahun mengabdikan diri dalam kajian yang akan dapat membawa kebaikan kepada manusia sejagat, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita pembunuhan Dr Farid. Dia telah ditembak mati. Siasatan Polis menyimpulkan bahawa Dr Farid terbunuh ketika disamun. Adik Dr Farid, Rosyam, tidak dapat menerima dan enggan percaya yang abangnya dibunuh kerana disamun. Rosyam bersama rakannya Inspektor Ranjeet mula menyiasat. Siasatan mereka telah mendedahkan komplot yang jauh lebih besar daripada jangkaan mereka.

Komplot yang membuatkan semua pihak mencari objek yang sama. Objek yang mempunyai potensi besar kepada kehidupan manusia. Sekiranya ia jatuh ke tangan orang yang salah, ia akan membawa malapetaka yang tidak terhingga.

Adakah Rosyam dan Ranjeet berjaya menyelamatkan objek ini..?

Adakah Rosyam dan Ranjeet berjaya mendedahkan pembunuh Dr Farid..?

 
Product Details

Publisher,MPH Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages,

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)