Buku Amalan Protokol dan Etiket ini memuatkan maklumat yang dilengkapi gambar dan ilustrasi penting dan menyeluruh tentang amalan protokol dan etiket di Malaysia. Antara lain, pembaca dihidangkan dengan pengetahuan tentang lambang kebesaran, peralatan diraja, bendera dan anugerah Persekutuan, Negeri Selangor dan juga Wilayah Perseketuan. Dihuraikan juga tentang sususan tempat duduk dalam pelbagai majlis, pengacaraan majlis, cara membuat panggilan hormat, bahasa istana dan sebagainya.