{"product_id":"antanom-menggegar-bumi-sabah","title":"Antanom 02 - Menggegar Bumi Sabah","description":"\u003cp\u003eSetelah kematian Melayak dan Longkab ke atas pihak Syarikat Borneo Utara British (SBUB), semangat masyarakat Murut di Rundum semakin meluap-luap untuk menghapuskan dan mengusir British dari tanah Sabah.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eAntanom yang telah dilatih oleh Yontoros sejak kecil, mempelajari sesuatu daripada kesilapan yang dilakukan oleh Melayak dan Longkab dalam serangan yang telah mereka lancarkan sebelum ini. Selama dua tahun, Antanom dan pengikut-pengikutnya telah melakukan rancangan dan membina kubu untuk mempertahankan tanah mereka daripada pihak SBUB.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003ePada tahun 1915, kebangkitan Antanom sampai ke kemuncaknya. Beliau dan para pengikutnya telah melakukan serangan hendap ke atas kem-kem SBUB yang telah menggegarkan dan menghancurkan kem-kem itu. Serangan bagaikan menyentak sang singa yang sedang tidur. Pihak SBUB membalas serangan itu dan menggunakan pelbagai helah yang licik menyebabkan Antanom terpaksa menyerah kalah.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKomik \u003cem\u003eAntanom 2\u003c\/em\u003e bukan lagi sekadar cerita perjuangan menentang penjajah semata-mata, tetapi cerita kecintaan pahlawan kepada masyarakat dan keluarganya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cstrong\u003eDimensi:\u003c\/strong\u003e 14.7 x 0.5 x 20.8 cm\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Must Read Sdn Bhd","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47064064884893,"sku":"9789670078922","price":15.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/Cover_full__Antanom2.jpg?v=1754640436","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/antanom-menggegar-bumi-sabah","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}