{"product_id":"atma-ziyyan-fael","title":"Atma Ziyyan Fael","description":"\u003cp\u003eJejaka itu punya segalanya, harta, pangkat, mahupun rupa. Mata hazel tajam bak helang miliknya mampu membuatkan sesiapa ketakutan memandang. Atau dalam erti kata lain, sempurna!\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eNamun sayang pegangan agama sudah hilang dalam dirinya. Egonya rasa tercabar tatkala Ziyyan Fael diminta oleh ibunya untuk berkahwin dengan seorang perempuan bisu, Khayla Wafa walhal dia mempunyai kekasih!\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eZiyyan terima perkahwinan itu tetapi... dia benci.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 1em;\"\u003e\"\u003cem\u003eKau kena ingat, sekali aku benci kau, selamanya aku akan benci.\u003c\/em\u003e\" - ZIYYAN FAEL\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003ePerkahwinan itu umpama neraka bagi Khayla sendiri. Hanya kerana dia kurang sempurna, wanita itu dilayan seperti hamba. Lebih sakit, dia dimadukan tiga minggu setelah mereka bernikah.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eNamun hatinya masih milik suaminya. Meski Ziyyan menyakiti, Khayla tetap setia. Satu demi satu rahsia mula terbongkar, termasuk pengkhianatan dan fitnah yang akhirnya meragut segalanya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKerana manusia selalu lupa, setiap perbuatan yang mereka lakukan pasti ada harga yang perlu dibayar.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Orabook Publication","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47444031766685,"sku":"9786299948599","price":36.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9786299948599.jpg?v=1765357246","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/atma-ziyyan-fael","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}