{"product_id":"berfikir-tentang-pemikiran","title":"Berfikir Tentang Pemikiran","description":"\u003cp\u003eSeorang pemuda (yang sekarang sudah dewasa) yang mempunyai pelbagai idea-idea mengenai hidup di luar kotak, mempunyai prinsip dan identiti yang jitu dan tidak pernah memaksa orang lain untuk mengikut kerangka pemikiran beliau. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBuku \u003cem\u003eBerfikir Tentang Pemikiran\u003c\/em\u003e pada asalnya ditulis oleh penulis bagi mengumpulkan pemikiran, pengalaman dan ilmu yang dikutip sepanjang mengikuti aktiviti dakwah dan tarbiyah di dalam pergerakan Islam di Malaysia. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBuku ini juga memuatkan pemikiran-pemikiran hasil dari pembacaan dan juga isu-isu semasa. Antara isu yang dibincangkan adalah permasalahan dalam pergerakan organisasi Islam serta teori-teori sedia ada yang membentuk pemikiran beliau. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSelain itu, buku ini turut membicarakan pelbagai sudut pandangan penulis berkenaan dengan politik di peringkat nasional dan antarabangsa, pengaruh dan peranan media dalam kancah pertarungan politik, pemikiran perihal kritik sosial dan juga kritikan terhadap model ekonomi dan pendidikan terkini, cabarannya dan penambahbaikan. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eFokus buku ini adalah untuk mengajak pembaca menilai semula neraca fikiran dan berupaya untuk lebih berani berfikir dalam konteks yang lebih luas dan rencam.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Biblio Press","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47049308897437,"sku":"9789671854914","price":35.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9789671854914.jpg?v=1754450103","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/berfikir-tentang-pemikiran","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}