{"product_id":"bidayatul-hidayah-1","title":"Bidayatul Hidayah","description":"\u003cp\u003eKitab ini membahas sifat-sifat wajib bagi Allah taala, mustahil dan harus, begitu juga sifat-sifat bagi Rasul; wajib, mustahil dan harus, berserta bukti-bukti setiap satu daripada semuanya. Yang istimewanya ia disyarahkan daripada kitab Matan Ummul Barahin karangan Al-Imam Syeikh Muhammad As-Sanusi merupakan rujukan utama pengajian Aqidah di rantau nusantara ini sejak lama dahulu. Kebanyakan kitab-kitab aqidah yang disusun di dalam tulisan Jawi adalah mensyarahkan matan Ummul Barahin.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eAntara kitab yang paling awal disusun dalam menterjemah dan mensyarahkan Matan Ummul Barahin dan masih digunakan hingga sekarang ialah kitab \u003cem\u003eBidayatul Hidayah\u003c\/em\u003e karangan Syeikh Muhammad Zain Ibn Al-Faqih Jalaluddin Al-Asyi. Kitab ini dikarang pada tahun 1170 H\/1757 M.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDipercayai bahawa Syeikh Muhammad Zain Aceh dilahirkan pada zaman peralihan kejayaan sufi Syeikh Hamzah al-Fansuri (wafat 1016 H\/1607 M) dan muridnya Syeikh Syamsuddin Sumatra-i (wafat pada Jumaat, 12 Rejab 1039 H\/25 Februari 1630 M) kepada zaman perdebatan khilafiyah, iaitu zaman Syeikh Nuruddin ar-Raniri (wafat 22 Zulhijjah 1069 H\/21 September 1658 M).\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSehingga kini kitab ini masih lagi diulang-ulang bacaannya oleh masyarakat Islam dan dijadikan teks pengajian dalam halaqah-halaqah ilmu sama ada di masjid, pondok atau pusat pengajian.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Pustaka Ilmuwan","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47878529056925,"sku":"9789670634425","price":22.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/bidayatulhidayah.jpg?v=1777445854","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/bidayatul-hidayah-1","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}