{"product_id":"blaze-bodyguard","title":"Blaze Bodyguard","description":"\u003cp\u003eDalam dunia penuh muslihat, strategi bukan sekadar alat, ia pembunuh senyap yang mematikan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBayangan musuh semakin dekat, satu demi satu nyawa rebah menyembah bumi. Ketika seteru menghampiri, negara hanya memerlukan satu kesilapan untuk binasa.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eRayyan Razien. Di sebalik setiap langkahnya, tersembunyi seribu helah. Membaca taktik musuh seakan menyedut nafas sendiri. Namun kali ini, ancaman lebih berbahaya yang menggoncang dunia korporat dan nyawanya diperangkap dalam permainan tangan ghaib.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 1em;\"\u003e\u003cem\u003e“Apabila aku mula menjejak, aku takkan berhenti.”\u003c\/em\u003e – RAYYAN RAZIEN\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eHana Mikayla. Di tengah gelombang ancaman yang kian mengganas, dia terpaksa berdepan lagi dengan kebenaran tentang siapa Rayyan sebenarnya dan siapa dirinya dalam dunia lelaki itu. Setiap lapisan yang terbongkar hanya mendedahkan betapa jauh lebih besar kuasa dan pengaruh yang dimiliki oleh Rayyan daripada sangkaannya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 1em;\"\u003e\u003cem\u003e“Jangan fikir aku akan menyerah.”\u003c\/em\u003e – HANA MIKAYLA\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eThe Great Father. Dendamnya menggila. Dadah Blue Rose kembali dengan wajah baharu, lebih kuat, lebih kebal, dan lebih kejam. Selama-lamanya dia tidak akan kalah dengan asakan pihak berkuasa negara, seteru abadinya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 1em;\"\u003e\u003cem\u003e“Aku ada di samping kau, Rayyan Razien.”\u003c\/em\u003e – THE GREAT FATHER\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKelicikan The Great Father menutup mata semua insan; tiada siapa menduga bahawa bayangan sebenar yang mereka takuti selama ini berdiri paling hampir, menyusup bagai racun dalam nadi.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSetiap langkah dimanipulasi, setiap nafas dipintal menjadi jerat. Kesumat yang tidak pernah padam akhirnya ditebus, bukan dengan kata, tetapi dengan darah yang membasahi bumi.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSiapa kawan dan siapa lawan? Rayyan terjerat dalam konspirasi yang menggugat bukan sahaja negaranya, bahkan orang yang dia sanggup pertaruhkan nyawa demi melindungi. Cinta. Kepercayaan. Nyawa. Semuanya menjadi pertaruhan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eAntara api dendam dan bara setia, siapakah yang akan terbakar lebih dahulu? Apakah pengkhianatan itu akhir segalanya, atau permulaan kepada neraka yang lebih panjang?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003e“Kalau kau tak khianati aku, pasti kau takkan mati.\"\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Fajar Pakeer","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47606193586333,"sku":"9789838223485","price":28.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9789838223485.jpg?v=1770340863","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/blaze-bodyguard","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}