{"product_id":"bookiut-bmse-dallergut-kembali-kompleks-pedagang-mimpi-2025","title":"Dallergut: Kembali ke Kompleks Pedagang Mimpi","description":"\u003cp\u003eSelamat pulang ke dunia mimpi dan ke Kompleks Mimpi Dallergut!\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSudah setahun berlalu sejak pertama kali Penny melangkah masuk ke Kompleks Pedagang Mimpi Dallergut, dan oleh sebab dia berjaya bertahan selama setahun di kedai itu, maknanya… dia kini seorang pekerja industri mimpi yang rasmi! Akhirnya dia boleh menaiki kereta api ekspres ke Zon Syarikat, tempat terletaknya semua syarikat pengeluaran mimpi, dan meneroka bagaimana bahan mentah dan peralatan ujian mimpi dihasilkan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eNamun, Zon Syarikat tidak seperti apa yang Penny jangkakan. Ia menyembunyikan sisi gelap industri yang selama ini dia sangkakan penuh keajaiban.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003ePenny menemui Pusat Pengurusan Aduan, penuh dengan orang ramai yang mengemukakan aduan tentang mimpi mereka. Dia juga mendapat tahu perihal pelanggan tetap yang sudah lama tidak datang ke kedai. Ketika dia menyiasat setiap aduan, Penny mula meluaskan peranannya—daripada sekadar menjual mimpi, kini cuba memahami isi hati pelanggan tetap yang telah hilang.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003eDallergut: Kembali ke Kompleks Pedagang Mimpi\u003c\/em\u003e menyelami perihal industri mimpi serta pelanggannya dengan lebih mendalam. Mengapa ada antara mereka yang pernah membeli mimpi namun tidak pernah kembali?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cstrong\u003eDimensi:\u003c\/strong\u003e 14 x 2 x 21 cm\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Bookiut","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":46996623687837,"sku":"9789673699704","price":40.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/Screenshot_2025-05-11_at_7.33.13PM.png?v=1752139310","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/bookiut-bmse-dallergut-kembali-kompleks-pedagang-mimpi-2025","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}