{"product_id":"botchan-9786297733180","title":"Botchan","description":"\u003cp\u003eBotchan ialah seorang lelaki muda berjiwa moden dari metropolis Tokyo yang dihantar ke sebuah kampung serba tradisional di Pulau Shikoku sebagai Guru Matematik sekolah menengah selepas kematian kedua ibu bapanya. Sifat memberontak dan tidak matang, Botchan menghadapi pelbagai cabaran; daripada para pelajar yang gemar mempermainkan guru baru, daripada rakan sekerja yang bangga diri tetapi rendah moralnya, dan daripada orang yang baharu setahun jagung mengenal dunia.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBerlatarakan institusi pendidikan, novel ini mengupas falsafah pendidikan di samping kritikan kepada permasalahan moral bukan sahaja dalam kalangan pelajar, tetapi juga pendidik. Selain itu, turut ditanggap juga ialah tema pertembungan cara fikir dan resam hidup antara acuan Barat dan etika tradisional pada zaman kepesatan Jepun membangun era pemerintahan Maharaja Meiji.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDikenali sebagai salah satu novel klasik remaja paling popular di Jepun, \u003cem\u003eBotchan \u003c\/em\u003esarat emosi menghiburkan, memilukan, dan mengimbau nostalgia. Biarpun sudah berusia lebih 100 tahun, \u003cem\u003eBotchan \u003c\/em\u003emasih relevan sebagai bacaan sepanjang zaman.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"The Biblio Press","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":46571867242653,"sku":"9786297733180","price":35.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9786297733180.jpg?v=1768818975","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/botchan-9786297733180","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}