{"product_id":"broken-heart-qis-nur-harraz","title":"Broken Heart","description":"\u003cp data-empty=\"true\" data-mce-fragment=\"1\"\u003e\u003cspan\u003eEvery rose has its thorn. Begitu juga dengan kasih sayang, pudarnya ia tak pernah terduga.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp data-empty=\"true\" data-mce-fragment=\"1\"\u003e\u003cspan\u003e“Anak angkat tetap anak angkat. Walau kita usaha untuk jadikan dia ahli keluarga dan mahram kita, status dia tetap tak pernah berubah! Dia bukan darah daging kita! Dia bukan ahli keluarga ni!” – Tuan Azri\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp data-empty=\"true\" data-mce-fragment=\"1\"\u003e\u003cspan\u003eMenjadi anak yang taat dan tidak pernah ingkar, Harriz Murray lelaki berdarah kacukan Melayu-Inggeris terus disingkir jauh daripada keluarga Tuan Azri. Semuanya kerana dia tidak mampu untuk memenuhi kehendak Tuan Azri yang mahu melunaskan janji bagi sebuah tragedi hitam yang berlaku lebih dua puluh enam tahun yang lalu.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp data-empty=\"true\" data-mce-fragment=\"1\"\u003e\u003cspan\u003e“Saya sayangkan awak. Terlalu sayang dan saya takkan mampu lalui hidup ni tanpa awak berada di sisi saya. Saya nak jaga awak. Saya nak halalkan ikatan di antara kita.” – Harriz Murray\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp data-empty=\"true\" data-mce-fragment=\"1\"\u003e\u003cspan\u003eHanya Nur Iman satu-satunya perempuan yang begitu dicintai. Cinta pandang pertama yang kekal utuh di hati biarpun dirinya teruk teruji.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp data-empty=\"true\" data-mce-fragment=\"1\"\u003e\u003cspan\u003e“Orang kata, seteruk mana pun keadaan lelaki tu, bila dia berada di sisi insan yang paling dia sayang, segala tekanan dia tu seakan lenyap.” – Nur Iman\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp data-empty=\"true\" data-mce-fragment=\"1\"\u003e\u003cspan\u003eUntuk hidup berdampingan di sisi Harriz Murray, langsung tak pernah diimpikan olehnya. Perkenalan yang terjalin tanpa dijangka akhirnya menyatukan hati mereka. Namun di sebalik pertemuan itu, rupa-rupanya wujud rahsia yang cuba ditutup serapi mungkin daripada pengetahuan mereka.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp data-empty=\"true\" data-mce-fragment=\"1\"\u003e\u003cspan\u003e“Jangan pergi, sayang…” - Harriz Murray\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp data-empty=\"true\" data-mce-fragment=\"1\"\u003e\u003cspan\u003eMembiarkan permata hatinya itu hidup dalam tangisan bukanlah kemahuan hatinya. Sumpah, dia benar-benar tak sengaja.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp data-empty=\"true\" data-mce-fragment=\"1\"\u003e\u003cspan\u003e“Tengok awak terbaring kaku selama ni, saya rasa macam nak mati, Riz. It’s really hurt me.” – Nur Iman.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp data-empty=\"true\" data-mce-fragment=\"1\"\u003e\u003cspan\u003e“Saya doakan Allah beri pahala yang tak terhingga bagi setiap titisan air mata awak yang mengalir kerana saya. Saya doakan Allah balas dengan syurga, sayang….” – Harriz Murray\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Suara Hati","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":39712495370397,"sku":"9789672300380","price":29.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/products\/9789672300380.jpg?v=1623332857","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/broken-heart-qis-nur-harraz","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}