Bukan sekadar resipi adalah kisah perjalanan lebih empat dekad menikmati pelbagai resipi. Sebahagiannya merupakan resipi keluarga sejak turun-temurun. Manakala sebahagian lagi adalah resipi yang penulis kutip sepanjang meniti denai kehidupan. Apa yang terkandung di dalam buku ini memang bukan sekadar resipi.
Pilihan Staf:
Bukan sekadar resipi ialah mengenai utusan daripada seorang ibu kepada ibu-ibu lain. Di celah- celah resipi yang diketengahkan terselit tanda kebesaran dan keagungan Ilahi untuk kita renungkan natijahnya. Pembentukan akhlak keluarga sebenarnya bermula di dapur!
Sebuah buku yang mencuit emosi.