Buku ‘Bulan Sabit Merah Malaysia' ini ditulis sebagai bahan untuk rujukan lengkap dan praktikal kepada semua golongan yang ingin mendapatkan maklumat mutakhir tentang ilmu Bulan sabit Merah Malaysia bagi unit kanak-kanak. Dalam buku ini, dimuatkan keperluan dan tatacara bagaimana sesuatu aktiviti, kemahiran dan latihan ansur maju dijalankan secara tertib dan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Bulan Sabit Merah Merah Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia .
Kandungan buku ini telah diadun dan diolah dengan baik bermula daripada pengenalan keahlian, sejarah, pemakaian uniform, sehinggalah kepada pencapaian lencana Bulan Sabit Merah bagi kanak-kanak. Buku ini sesuai untuk dijadikan rujukan oleh ahli-ahli kanak-kanak Bulan Sabit Merah Malaysia, pemimpin Bulan Sabit Merah Malaysia, para pegawai Bulan Sabit Merah Malaysia, ibu bapa dan semua pihak yang ingin mendapatkan gambaran jelas dan pengetahuan tentang Bulan Sabit Merah Malaysia bagi unit Kanak-kanak. Adalah diharapkan semoga buku ini bukan sahaja memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dalam Bulan Sabit Merah Malaysia malahan dapat menjadi batu loncatan dalam usaha memajukan pergerakan Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia Unit Kanak-kanak di negara ini khususnya.