{"product_id":"bunga-pujaan","title":"Bunga Pujaan","description":"\u003cp\u003eDia bukan bunga pujaan, jauh sekali bunga terindah, kerana setiap langkah yang diambil terasa begitu berat, seolah-olah bumi ini ingin menelannya. Namun, adakah peluang untuk dia menjadi bunga yang kelopaknya mekar, walaupun ranjaunya penuh dengan duri yang menyakitkan?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cstrong\u003eLily Sofia \u003c\/strong\u003e- Tersembunyi luka yang tak terungkap. Cinta pertama yang seharusnya hadir di antara seorang ayah dan anak perempuan, tidak pernah dirasai sejak kecil, menimbulkan kekosongan yang membekas di setiap sudut hatinya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003e“Sebab tu ayah selalu lebihkan kau. Habis aku?! Aku dah macam pengemis!\"\u003c\/em\u003e —Lily Sofia\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: left;\"\u003eDi kala hilangnya kasih sayang daripada insan bergelar ayah, hadir seseorang memulihkan jiwa tetapi dipandang diingin. \u003cstrong\u003eTengku Arjuna Mikael\u003c\/strong\u003e datang dengan penuh harapan. Dia percaya, hatinya akan memenangi bunga yang terbungkus di dalam kepahitan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“My heart broke into a million pieces, Mikael. \u003cem\u003eCuba beritahu saya pecahan mana yang kamu mahu limpahkan dengan kasih sayang dan cinta?”\u003c\/em\u003e —Lily Sofia\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“\u003cem\u003eAku tak kisah pecahan yang mana. Yang penting,\u003c\/em\u003e that heart belongs to you.” —Tengku Arjuna Mikael\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSeribu kali dia menolak, sejuta kali lelaki itu mengikatnya, membelenggu hati yang kian rapuh. Ditambah lagi dengan luka yang ditoreh keluarga, menikamnya bertubi-tubi dengan kata-kata tajam. Dendam itu semakin membuak, berperang di dalam kebencian yang tak pernah reda.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMasihkah ada ruang untuk dia percaya, setelah segalanya pernah hancur dan retak?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eAtau ini sekadar satu lagi episod luka yang bakal menjeratnya ke dalam kegelapan yang sama?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKepercayaan yang telah hancur ibarat kaca yang terpecah – bukan sekadar perlu disatukan semula, tetapi perlu dipaksa untuk bersinar meski setiap serpihannya masih mengingatkan pada kehancuran.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003e“Bunga yang kau semai dengan penuh kasih sayang, kini hampir dipaksa layu sebelum masanya.”\u003c\/em\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Fajar Pakeer","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":46663782498461,"sku":"9789838223102","price":26.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/BungaPujaan.jpg?v=1744337270","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/bunga-pujaan","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}