{"product_id":"ceritera-dari-kafe","title":"Ceritera Dari Kafe","description":"\u003cp\u003e\u003cem\u003eCeritera dari Kafe\u003c\/em\u003e menyelami persoalan yang sekian lama difikirkan: apakah yang akan anda lakukan jika boleh kembali ke masa lalu? Lebih penting lagi, siapakah yang anda ingin temui, mungkin buat kali terakhir?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSebuah kafe kecil yang tersudut di lorong dalam kota besar Tokyo, yang sejak seratus tahun menyajikan kopi yang diseduh dengan teliti, dikhabarkan boleh membawa pelanggannya mengembara ke masa lalu.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDaripada penulis \u003cem\u003eSebelum Kopi Mendingin\u003c\/em\u003e, hadir kisah empat pelanggan baharu. Masing-masing mengharap pada pengembaraan merentas masa yang ditawarkan di Kafe Funiculi Funicula. Selain wajah-wajah yang mungkin sudah dikenali oleh pembaca buku sebelum ini, kita akan berkenalan dengan:\u003c\/p\u003e\n\u003cul\u003e\n\u003cli\u003eLelaki yang mahu menemui sahabat yang telah meninggal dunia 22 tahun lalu.\u003c\/li\u003e\n\u003cli\u003eAnak lelaki yang tidak sempat menghadiri pengebumian ibunya.\u003c\/li\u003e\n\u003cli\u003eLelaki yang merentas masa untuk bertemu gadis yang bukan jodohnya.\u003c\/li\u003e\n\u003cli\u003eDetektif tua yang tidak pernah memberikan hadiah itu kepada isterinya.\u003c\/li\u003e\n\u003c\/ul\u003e\n\u003cp\u003eKisah-kisah indah ini menceritakan tentang mereka yang perlu mendepani masa silam, supaya mampu melangkah terus ke hadapan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"The Biblio Press","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":46316226445469,"sku":"9786297733050","price":35.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9786297733050_mphbooks_CeriteraDariKafe.webp?v=1738742918","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/ceritera-dari-kafe","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}