{"product_id":"chosen-gently","title":"Chosen Gently","description":"\u003cp\u003eBagaimana kehidupan seorang gadis malang bersama seorang lelaki yang bergelar hebat?\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eIris Jasmina, dia bukanlah anak yang dibanggakan. Dalam keluarga sendiri, Iris dibenci oleh ibu dan adik perempuannya tanpa sebab yang jelas. Makian, hinaan dan pergaduhan sudah jadi makanan seharian Iris. Mungkin kerana Iris tidak sepintar Puteri Qalisya, atau tidak mampu membanggakan orang tua mereka? Namun di sebalik derita hatinya, Iris membesar sebagai seorang gadis yang mampu berdikari. \u003c\/p\u003e\u003cp\u003eApabila Tan Sri Rahman merancang perkahwinan Puteri dengan pilihan hati, segalanya runtuh saat Puteri membantah sekeras-kerasnya. Dia masih mahu mengejar dunianya sendiri. \u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e“Cita rasa I bukan macam tu. Apa kata papa satukan anak papa tu dengan pilihan papa.”\u003c\/i\u003e - Puteri Qalisya\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eIris… menjadi galang ganti. \u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e“Iffat.” \u003c\/i\u003e- Dato’ Iffat Hezryn\u003c\/p\u003e\u003cp\u003ePandangannya tajam, sikap yang tenang, dan aura dominan. Iffat lelaki berprinsip dan bijak memanipulasi. Dan Iris yang polos dan sering merendahkan diri. Dua jiwa yang disatukan bukan atas dasar cinta. Di sebalik hubungan yang terbina, ada rahsia besar yang tersembunyi. \u003c\/p\u003e\u003cp\u003eAdakah hubungan mereka bakal berkekalan? Atau hanya mampu hancur setelah segalanya terbongkar?\u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e“I tak menafikan apa I rasa. I terima you seluruh hati I, Iris Jasmina.”\u003c\/i\u003e - Dato’ Iffat Hezryn\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Rinsya Chasiani Publication","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":48642622357661,"sku":"9789672813927","price":48.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/chosen-gently","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}