{"product_id":"cik-barista-encik-tengku","title":"Cik Barista Encik Tengku","description":"\u003cp\u003eCinta ini bermula dengan secawan kopi, satu pertengkaran... dan satu syarat gila!\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003ci\u003e\"Where's my coffee?\"\u003c\/i\u003e – Tengku Eskandar\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003ci\u003e\"Encik, sabar sikit. Bak kata orang, sabar tu separuh daripada iman. Encik orang Islam kan mesti tahu.\"\u003c\/i\u003e – Hanni\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003ci\u003e\"Aku tak kira. Aku nak sekarang juga kopi aku. Jangan sampai aku viralkan kafe ni.\"\u003c\/i\u003e – Tengku Eskandar\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003ci\u003e\"Ish! Encik ni tak reti sabar? Tak reti nak tunggu ke? Tak tengok ke, ramai orang ni. \u003c\/i\u003e\u003ci\u003eKalau tak sabar, encik buat sendirilah kopi tu.\"\u003c\/i\u003e – Hanni\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eHanni Uqayra, seorang barista biasa yang hidupnya sederhana, hanya mahu melunaskan hutang pak cik dan menjaga nenek tersayang. Tapi semuanya porak-peranda apabila dia ter-\u003ci\u003esound \u003c\/i\u003epelanggan VIP kafe itu, Tengku Eskandar Altair, pewaris empayar Tengku.Co dan pelabur utama kafe tempatnya bekerja!\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eDipaksa memohon maaf, Hanni tidak menyangka permohonan maafnya datang bersama satu syarat misteri.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003ci\u003e\"Tengku... saya nak minta maaf.\"\u003c\/i\u003e – Hanni\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003ci\u003e\"Okey, aku maafkan kau. Tapi ada syarat.\"\u003c\/i\u003e – Tengku Eskandar\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003ci\u003e\"Apa syarat dia?\"\u003c\/i\u003e – Hanni\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003ci\u003e\"Nanti kau tahu. But not now.\"\u003c\/i\u003e – Tengku Eskandar\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eSejak hari itu, hidup Hanni jadi huru-hara. Lelaki itu mula muncul dalam hidupnya – mengganggu fikirannya, mencabar kesabarannya, dan perlahan-lahan... mencuri hatinya. Namun Hanni tahu jurang mereka terlalu jauh. Perasaan ini tidak sepatutnya wujud.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eDan saat Tengku Eskandar kembali dengan syarat yang dinanti... Hanni terjebak dalam janji yang mampu mengubah seluruh hidupnya.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003ci\u003e\"Aku pernah cakap, bila aku free aku akan bagitahu syarat. Sekarang aku dah free.\"\u003c\/i\u003e – Tengku Eskandar\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003ci\u003e\"Are you crazy? Tengku main-main ke apa?\"\u003c\/i\u003e – Hanni\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eApakah sebenarnya syarat itu? Mampukah Hanni menerima permainan dari dunia yang berbeza... atau mungkinkah cinta ini lebih manis daripada segelas kopi?\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003ci\u003e\"Kau orang pertama yang berjaya tundukkan aku, Hanni.\"\u003c\/i\u003e\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eKopi pertama itu mungkin pahit. Tapi cinta ini... mampu jadi manis sampai ketagih.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Kaseh Aries Publication","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":48460985270429,"sku":"9786297509686","price":43.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/cik-barista-encik-tengku","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}