{"product_id":"cinta-suam-kuku","title":"Cinta Suam Kuku","description":"\u003cp\u003eHidup Hazim Solehin hanya kerja, kerja, kerja dan bergaduh mulut dengan Puan Taliya. Tiada hari tanpa peperangan! Ada saja topik yang mereka riuh-rendahkan pada setiap masa sehingga habis huru-hara Serene Bookafe!\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKemalangan motosikal disebabkan kesalahan sendiri mengubah hidup Hazim tanpa dia sendiri sedar. Mulut gadis pengkid itu macam bontot ayam busuk! Kurang asam betul!\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“\u003cem\u003eKau ni memang betul-betul ada kad OKU ke? Penatlah aku asyik nak mengulang benda yang sama.\u003c\/em\u003e” – Alifah Samira\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“\u003cem\u003eAku normallah! Yang OKU tu bos aku!\u003c\/em\u003e” – Hazim Solehin\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eGadis pengkid itu perlahan-lahan menyusup ke dalam hati tanpa memberi salam! Kurang sopan ya si dia! Asal berjumpa, mesti mereka akan bergaduh. Rupa-rupanya, teman bergaduhnya sudah meningkat satu angka. Dulu hanya Taliya, sekarang sudah bertambah dengan wujudnya Alifah Samira.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eWalaupun berperangai seperti lelaki, hati Hazim tetap terpaut. Mungkin inilah yang dikatakan dengan cinta itu buta? Dia pun tidak tahu bagaimana dia boleh jatuh hati pada seorang gadis itu selepas menyimpan dendam bertahun-tahun untuk muka.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“\u003cem\u003eAku serius ni Alep, aku nak kahwin dengan kau!\u003c\/em\u003e” – Hazim Solehin\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“\u003cem\u003eAku tak nak kahwin dengan kau!\u003c\/em\u003e” – Alifah Samira\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“\u003cem\u003eSelepas kahwin nanti kita mulalah bercinta, cinta suam-suam kuku dulu pun jadilah.\u003c\/em\u003e” – Hazim Solehin\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“\u003cem\u003eCinta suam kuku eh? Kau tu tiga suku bukan suam kuku!\u003c\/em\u003e” – Alifah Samira\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eAdakah Alifah akan menerima cinta suam kuku lelaki itu atau memutuskan semuanya pada waktu itu juga?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Rinsya Chasiani Publication","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47713401864349,"sku":"9789672813828","price":37.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9789672813828.webp?v=1773207577","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/cinta-suam-kuku","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}