{"product_id":"dang-suri","title":"Dang Suri","description":"\u003cp\u003e\u003cem\u003e“Penghinaan ini pasti akan dibalas dengan darah!”\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eNun berkabus di ufuk Selat Meranti, berdiri sebuah pelabuhan emas, lambang kemegahan Kesultanan Meranti. Namun, tersimpan dendam dan pengkhianatan yang menggoncang istana.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003e“Beta melantik Suri sebagai pegawai utama Pustaka Diraja yang membawa gelaran Tengku Seri Paduka Pustaka Diraja.”\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSuri dipertanggungjawabkan menyusun khazanah ilmu dan menterjemah hikmah asing ke dalam bahasa Melayu. Pustaka Diraja membongkar rahsia musuh yang merancang mahu meruntuhkan Kota Meranti dari dalam.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMampukah Suri dan Sultan Syarifuddin berpadu kekuatan mempertahankan kedaulatan Kota Meranti?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBerabad kemudian, Kasturi menemukan sebuah peti usang berisi manuskrip \u003cem\u003eHikayat Sang Perindu\u003c\/em\u003e. Setiap helaian kertas yang kekuningan berbau kepam, tanda ia telah lama terbenam dalam lipatan waktu.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003e“Hikayat ini juga kutulis bagi mencatat segala kerinduanku buat belahan jiwaku. Coretan tinta ini bagi melunaskan janjiku mencatat riwayat hidupmu.”\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDari perpecahan istana hingga manuskrip yang terdampar berabad lamanya, tersimpan sebuah kisah yang menuntut untuk dibaca semula.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003e‘Bonda, kurasa kisah kita tidak pernah bertinta tetapi mengapa ia seakan-akan serupa?’\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Mangosteeen Books","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47401238429853,"sku":"9789671865583","price":37.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9789671865583.webp?v=1762920307","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/dang-suri","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}