{"product_id":"daughther-of-the-hidden-realm","title":"Daughter of the Hidden Realm","description":"\u003cp\u003e\u003cem\u003eShe was never meant to be found… until destiny called her name.\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDitinggalkan di pinggir hutan semasa bayi, Elira dibesarkan oleh penjaga alam yang tidak dikenali oleh manusia. Hutan itu bukan biasa. Ia adalah sempadan antara dunia nyata dan Alam Tersembunyi, tempat asal makhluk sihir dan mimpi yang dilupakan. Elira tidak tahu darah siapa yang mengalir dalam dirinya, sehinggalah dia terjatuh ke dalam jurang terkutuk dan melepaskan roh kuno yang telah lama dikurung.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKetika harapan hampir lupus, muncul seorang putera raja yang sedang melarikan diri daripada takdirnya sendiri, perkahwinan paksa dengan seorang puteri yang tidak pernah dicintainya. Dia menyelamatkan Elira tetapi ada harga tersembunyi di sebalik pertolongan itu.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 1em;\"\u003e“\u003cem\u003eAku Putera Matheus Ardyn Gilbert... dari Kerajaan Arvanette.\u003c\/em\u003e” ~Matheus\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003ePutera Matheus menggunakan Elira sebagai perisai, menyamar sebagai calon isterinya untuk lari dari tekanan istana. Tanpa sedar, perlahan-lahan muncul bibit-bibit cinta di antara mereka namun semakin lama mereka bersama, semakin jelas rahsia besar Elira.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eElira bukan gadis biasa. Dia adalah waris terakhir Puteri Alam Tersembunyi!\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e…dan Putera Matheus juga mempunyai rahsia besar yang disembunyikan dari Elira.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eApabila dunia sihir dan dunia manusia mula bertembung, Elira menyedari sesuatu yang mengejutkan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDia musuh dan ancaman kepada kerajaan yang bakal diwarisi putera itu.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e…dan kini, sempadan antara mimpi dan nyata semakin kabur…\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Orabook Publication","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47444020756637,"sku":"9786299622635","price":66.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9786299622635.png?v=1765362466","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/daughther-of-the-hidden-realm","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}