{"product_id":"destiny-1","title":"Destiny","description":"\u003cp\u003e\u003cstrong\u003eZayn Chester\u003c\/strong\u003e - Seorang kapten bola sepak kelab Thunderhawks yang terkenal dan berjaya. Dia sentiasa tegas dan bertanggungjawab. Di mata dunia, dia seorang yang sempurna dan tiada kelemahan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cstrong\u003eHazi Marilyn\u003c\/strong\u003e - Seorang kapten juruterbang yang egois dan keras kepala. Dia akan mewarisi legasi keluarganya sebagai CEO Royal Sky Airlines. Tapi, bersyarat...\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eTanpa diduga, satu insiden yang berlaku menyebabkan berita palsu melibatkan mereka berdua tersebar di serata dunia. Satu kebetulan yang tak terduga, Hazi memilih Zayn untuk berlakon menjadi teman lelakinya bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh datuknya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“Fake boyfriend?” - Zayn\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003e“Untuk pengetahuan, kau bukan orang pertama dalam senarai aku.”\u003c\/em\u003e - Hazi\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003e“Dan kau rasa aku akan setuju begitu sahaja?” \u003c\/em\u003e- Zayn\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003e“Kau bukan buat kerja amal. \u003c\/em\u003eI pay you.” - Hazi\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“Sadly, I'm a footballer, not an actor.” - Zayn\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003ePertikaian berlaku tapi akhirnya mereka mencapai kata setuju. Namun ego masing-masing tidak pernah membenarkan mereka tampil lemah di hadapan satu sama lain.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“You think you're special to me? Not even a bit.” - Hazi\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003e“Kau pilih aku berbanding semua lelaki yang dekati kau. Boleh kau jelaskan?”\u003c\/em\u003e - Zayn\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003e“Cukup, Zayn. Aku penat.” \u003c\/em\u003e- Hazi\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003e“Penat dengan aku? Atau penat dengan perasaan kau yang kau sendiri takut nak hadap?”\u003c\/em\u003e -Zayn\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMengelak dan menjunjung ego masing-masing, akhirnya perpisahan menjadi pilihan. Pun begitu, cinta yang sudah lama tumbuh tak pernah mati.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003ePersoalannya, bolehkah cinta yang dipendam itu mengalahkan ego sendiri? Mungkinkah akan ada ruang untuk mereka kembali bersama?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Idea Kreatif","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":48259343483037,"sku":"9789672803973","price":29.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/DestinyFull.jpg?v=1779962235","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/destiny-1","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}