{"product_id":"dia-bukan-orang-yang-salah","title":"Dia… Bukan Orang Yang Salah","description":"\u003cp\u003eSuami yang dia sayang pergi untuk selama-lamanya dalam sekelip mata. Riani sedih. Hatinya menangis meratapi sebuah kehilangan. Namun, tangisannya direnggut dengan kejam oleh kenyataan yang terlalu memedihkan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 1em;\"\u003e\u003cem\u003e\"Saya Alia. Isteri muda arwah Hakimi.\"\u003c\/em\u003e - Alia\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eRiani terduduk. Selama ini dia sangkakan hanya dia seorang yang berada di dalam hati suaminya. Hanya dia yang Hakimi cinta. Rupanya-rupanya, cinta suaminya berbagi dua. Dia berkongsi suami dengan perempuan lain tanpa pengetahuannya. Dia dimadukan dalam diam.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eHilang pilu, yang tinggal hanya rasa kecewa serta terkilan semata-mata.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 1em;\"\u003e\u003cem\u003e\"Saya rasa kosong. Seolah-olah jiwa saya dah mati sekali dengan arwah.”\u003c\/em\u003e - Riani\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\u003cem\u003e“Yang kosong tu lambat laun akan terisi juga. Awak kena sabar.”\u003c\/em\u003e - Hud Qaiser\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBelum reda rasa sakit yang ditanggung, Riani berdepan pula dengan satu lagi kenyataan yang hampir buat dia rebah menyembah bumi.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 1em;\"\u003e\u003cem\u003e\"Mama nak Ria jadi menantu mama untuk sekali lagi. Kahwin dengan along. Jadi isteri dia.\"\u003c\/em\u003e - Datin Mariam\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\u003cem\u003e\"Tak mungkin mama. Along dah ada pilihan hatinya sendiri. Jangan musnahkan masa depan dia hanya kerana Ria.\"\u003c\/em\u003e - Riani\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eRiani menolak, Qaiser membantah. Namun ‘nyawa’ Datin Mariam lebih berharga dari segala-galanya. Mereka akur dalam terpaksa.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 1em;\"\u003e\u003cem\u003e\"Dah jadi isteri saya, awak hanya ada dua pilihan. Bersedia untuk saya lepaskan awak bila kekasih hati saya dah kembali... atau awak kena reda untuk hidup bermadu.\"\u003c\/em\u003e - Hud Qaiser\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDua pilihan yang telah membunuh jiwa Riani. Dia sabar melayan kedinginan suami. Dia bertahan hanya kerana mama mentua yang sayangkan dia. Juga kerana rasa yang mula hadir dalam dirinya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eRiani keliru. Dalam dingin, ada juga sisi lain yang Qaiser tonjolkan. Romantis, sweet dalam diam serta terlalu mengambil berat. Kata tak sayang, tapi CEMBURU itu nyata.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eHingga saat itu muncul... Riani terpaksa juga memilih.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 1em;\"\u003e\u003cem\u003e“Terima kasih untuk segala-galanya.”\u003c\/em\u003e - Riani\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\u003cem\u003e“Maafkan saya, Ria. Maafkan semua kebodohan saya.”\u003c\/em\u003e - Hud Qaiser\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Kaseh Aries Publication","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47463184236701,"sku":"9786297509594","price":40.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/DBOYS.jpg?v=1765165912","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/dia-bukan-orang-yang-salah","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}