Dosa-Dosa Besar Yang Tidak Ditakuti

ISBN: 9789673610969
Checking local availability
RM22.00
Product Details

Publisher,Kemilau Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Rasulullah sentiasa memberi peringatan kepada umatnya untuk menjauhi perbuatan dosa dan kemaksiatan sama ada dosa besar mahupun kecil. Rasulullah juga menjelaskan hakikat dosa. Fahami dengan saksama sabda Rasulullah, “Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik dan dosa itu adalah segala sesuatu yang menggelisahkan perasaanmu serta yang kamu tidak suka apabila dilihat orang lain.”  (HR Muslim: 2553)

Rasulullah juga berkata, “Janganlah memandang kecil kesalahan (dosa), tetapi pandanglah kepada siapa yang kamu menderhaka (Allah).” (HR Abu Daud: 1021)“Dengar dan perhatikanlah wahai para sahabatku. Mahukah kamu aku beritahu tentang dosa-dosa paling besar?” Rasulullah mengulangi seruannya sebanyak tiga kali. Para sahabat berkata, “Sudah tentu kami mahu wahai utusan Allah.” Rasulullah bersabda, “Dosa-dosa yang paling besar itu adalah syirik kepada Allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa dan memberi kesaksian palsu (bercakap bohong).” (HR Bukhari: 5261)

Pelbagai dosa besar yang tidak ditakuti masa kini sama ada dalam beribadah, keluarga, ekonomi dan sosial, semuanya akan dihuraikan secara komprehensif dalam karya ini sebagai sebuah ikhtiar memperbaiki diri supaya terhindar daripada perbuatan yang tidak senafas dengan nilai-nilai syariat.

Perbuatan tersebut di mata manusia mungkin merupakan trend kehidupan, tradisi budaya, adat istiadat serta merupakan hal biasa padahal di mata Allah merupakan dosa besar.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)