{"product_id":"fallen-hearts","title":"Fallen Hearts","description":"\u003cp\u003eDalam kemeriahan pasar seni Senandika yang menyimpan seribu cerita tanpa suara, di situlah dua hati yang penuh luka bertemu. Deelaira, yang terputus kasih dari keluarga sendiri, dan Jaslee, pelukis jalanan yang dapat melihat lebih daripada dunia nyata.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBersama Jaslee, Deelaira seakan lupa luka yang pernah ada.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\"\u003cem\u003eKau apahal sengih lebar macam tu?\u003c\/em\u003e\" - Jaslee\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\"I love it. \u003cem\u003eSaya suka bila awak membebel panjang.\u003c\/em\u003e Cute.” - Deelaira\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDalam kemeriahan yang sama, ada juga jiwa-jiwa yang berkeliaran meratap mencari diri.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\"\u003cem\u003eSaya Min. Saya betul-berul nak minta tolong awak. Tolong jumpa keluarga saya...\u003c\/em\u003e\" - Min\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\"\u003cem\u003eAku tak boleh tolong kau. Hidup aku sendiri pun tunggang-langgang. Jadi, kau cari orang lain je.\u003c\/em\u003e\" - Jaslee\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMerindukan keluarga besar yang dia tak pernah ada, Deelaira setuju untuk tinggal bersama Dato’ Rohaya, bekas isteri papanya. Kesunyian yang selama ini menguasa hidupnya sedikit terubat. Namun dia terlupa, setiap kebahagiaan datang bersama harga yang perlu dibayar. Makin lama di Vila Bonda, Deelaira tahu ada sesuatu yang tak kena.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\"\u003cem\u003eKita dah tahu yang keluarga tu ada kena mengena dengan kehilangan Min. Jadi apa-apa pun kau kena hati-hati.\u003c\/em\u003e” - Jaslee\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\"\u003cem\u003eSayang juga ya awak pada saya.\u003c\/em\u003e\" - Deelaira\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\"\u003cem\u003eBerangan.\u003c\/em\u003e\" - Jaslee\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eTanpa Deelaira sedar, keputusannya untuk terap di Vila Bonda membawa kepada rahsia yang lebih besar. Antara dia dan Min, ada sesuatu yang mengikat dan ada pengorbanan yang perlu dilakukan. Pengorbanan itulah yang membuatkan dia hampir kehilangan nyawa.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\"\u003cem\u003eUntung juga semua ni jadi, kan? Akhirnya awak cakap juga yang awak suka saya.\u003c\/em\u003e\" - Deelaira\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\"\u003cem\u003eKenapa? Kau tak nak dengar aku cakap, aku suka kau?\u003c\/em\u003e\" - Jaslee\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\"Jazz, you can’t take it back, okay? \u003cem\u003eAwak dah cakap awak suka saya. Jadi, mulai malam ni, awak\u003c\/em\u003e officially \u003cem\u003emilik saya.\u003c\/em\u003e\" - Deelaira\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSetiap kehilangan yang pernah dia tangisi, setiap ujian yang pernah dia hadapi, itu rupanya ruang yang DIA kosongkan untuk sesuatu yang lebih indah. Namun, adakah semuanya sudah berakhir?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eAtau ada kisah yang baru sahaja bermula?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Rinsya Chasiani Publication","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47713401700509,"sku":"9789672813811","price":37.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9789672813811.webp?v=1773207035","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/fallen-hearts","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}