{"product_id":"fen-boleh-mama-peluk-saya","title":"Boleh Mama Peluk Saya?","description":"\u003cp\u003eDalam perjalanan pulang ke rumah, Si Duri bertemu dengan rakan-rakan yang sedang dipeluk oleh ibu masing-masing. Dia tertawa dan tertanya-tanya, mengapa mereka masih mahu dipeluk oleh ibu? Namun, selepas berfikir sejenak, Si Duri menyedari bahawa dia sendiri tidak pernah dipeluk oleh ibunya. Hatinya tiba-tiba berasa sayu. Si Duri pun terus berlari pulang ke rumah dan berteriak, \"Mama! Mama! Bolehkah Mama peluk saya?\" Walaupun hairan dengan permintaan itu, Ibu Landak tetap bersetuju. Si Duri menutup mata sambil mendepangkan tangan luas-luas, menunggu pelukan ibunya....\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSetiap ibu mempunyai cara tersendiri untuk memeluk anak mereka kerana kasih sayang ibu kepada anak sentiasa istimewa dan tiada tandingan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e***\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cstrong\u003ePengarang: Li Hai Sheng (China)\u003c\/strong\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eAyah yang menulis untuk anak-anak dan menemani mereka membaca. Sambil menulis dan membaca, anak-anak membesar, sedangkan dirinya pula kembali menjadi kanak-kanak. Karya-karyanya pernah memenangi Anugerah Buku Kanak-kanak Bing Xin, Anugerah Buku Bergambar Xinyi, Anugerah Sastera Kanak-kanak Jieli Cup Jin Bo, Anugerah Sastera Kanak-kanak Asli Alam Semula Jadi, Anugerah Lagu Kanak-kanak Cemerlang Zhongxuanbu, Anugerah Buku Kanak-kanak Terbaik Shanghai dan lain-lain.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cstrong\u003eIlustrator: Hui Hui (Malaysia)\u003c\/strong\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eIlustrator dari Seremban yang mahir menyampaikan perasaan bahagia dan keindahan hidup melalui penggunaan cahaya dan warna dalam ilustrasinya. Beliau gemar mencipta kisah-kisah mengenai kehidupan seharian. Kemunculan “tetamu istimewa” iaitu kucing dan landak dalam ilustrasinya menambah elemen keseronokan dan menjadikan karyanya lebih dekat dengan pembaca. Karyanya merangkumi ilustrasi kanak-kanak, reka bentuk watak, naratif visual serta komik. Beliau juga aktif di media sosial, berkongsi komik kehidupan bertemakan kucing. Selain menyertai pelbagai pameran seni, beliau pernah bekerjasama dengan jenama besar seperti Coca-Cola, Petronas dan KFC untuk reka bentuk visual dan ilustrasi.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Odonata Publishing Sdn Bhd","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":46906076201117,"sku":"9786294740716","price":14.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9786294740716.jpg?v=1759141312","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/fen-boleh-mama-peluk-saya","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}