{"product_id":"fen-cepat-cepat-dan-perlahan-lahan","title":"Cepat-cepat dan Perlahan-lahan","description":"\u003cp\u003eKeluarga saya mempunyai ahli dari dua negara. Ayah dan Ibu orang Negara Cepat-Cepat. Mereka melakukan segala perkara dengan pantas. “Cepat sikit! Cepat sikit!” Setiap hari, mereka mengulangi ayat ini beribu-ribu kali kepada adik dan saya. Saya dan adik pula orang Negara Perlahan-lahan. Kami melakukan segala perkara dengan perlahan. Bagi kami, masa juga berlalu dengan amat perlahan. Ayah dan Ibu berharap kami mempercepat langkah, tetapi kami pula ingin mereka memperlahankan rentak.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eAyah, Ibu, mari kita tukar peranan hari ini! Ayah dan Ibu menjadi orang Negara Perlahan-lahan, manakala saya dan adik menjadi orang Negara Cepat-Cepat. Boleh tak?\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e***\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cstrong\u003eMa Sha (China)\u003c\/strong\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003ePada siang hari, saya jurutera – mengumpul data dan membina model. Pada larut malam, saya penulis dongeng – mengumpul khayalan dan menyusun kata-kata. Saya amat berbesar hati kerana dongeng-dongeng saya dapat mewakili diri saya untuk bertemu dengan kalian. Watak-watak dalam kisah saya akan kekal abadi, jika kalian simpan dalam sanubari.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKarya-karya Ma Sha pernah memenangi Anugerah Kesusasteraan Kanak-kanak Xie Pu, Anugerah Sokongan Eastern Youth, Anugerah Kesusasteraan Kanak-kanak Chen Bochui dan lain-lain.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cstrong\u003eTan Wei Shan (Malaysia)\u003c\/strong\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSaya ilustrator dari Malaysia yang gemar merakam perasaan dan detik-detik harian dengan gaya seni yang lucu, comel dan penuh imaginasi. Melalui gabungan unsur humor dan kreativiti dalam ilustrasi, saya berharap dapat memberi dorongan kepada kalian untuk melihat saat-saat biasa dalam hidup dengan perspektif dan idea yang baharu.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Odonata Publishing Sdn Bhd","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":46906076004509,"sku":"9786294740693","price":14.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9786294740693.jpg?v=1759141527","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/fen-cepat-cepat-dan-perlahan-lahan","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}