{"product_id":"fiqh-muamalat-dan-kewangan-islam","title":"Ensiklopedia Fiqh Muamalat dan Kewangan Islam","description":"\u003cp\u003eDalam usaha memperkukuh kefahaman dan penghayatan terhadap prinsip kewangan Islam, \u003cem\u003eEnsiklopedia Fiqh Muamalat dan Kewangan Islam\u003c\/em\u003e hadir sebagai sebuah rujukan yang menyeluruh dan sistematik serta mencukupi bagi mereka yang ingin merujuk perihal fiqh muamalat yang praktikal. Buku ini disusun dengan teliti dalam dua bahagian utama: Istilah Arab dan Istilah Inggeris-Melayu, memudahkan pembaca untuk mencari dan memahami konsep-konsep penting dalam kedua-dua bahasa tersebut.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eIstilah-istilah dalam ensiklopedia ini merangkumi pelbagai aspek kewangan Islam dan setiap istilah dijelaskan dengan definisi yang ringkas namun padat, dilengkapi dengan contoh aplikasi praktikal yang relevan dalam industri kewangan moden.\u0026amp;nbsp;\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKeunikan ensiklopedia ini terletak pada strukturnya yang sistematik dan mudah diakses, sesuai dijadikan rujukan untuk pelbagai peringkat, dari pembelajaran asas, pertengahan, hingga tahap profesional. Bagi pelajar, ia menjadi sumber ilmu yang komprehensif untuk memahami teori muamalat dan penggunaannya secara praktikal. Bagi pengamal industri pula, ia menawarkan panduan jelas dalam memastikan setiap operasi kewangan memenuhi piawaian Shariah.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDengan lebih 1000 halaman yang dipenuhi dengan istilah-istilah utama dan penerangan mendalam, ensiklopedia ini tidak sekadar berfungsi sebagai kamus istilah, tetapi juga sebagai peta ilmu dalam menghubungkan teori dengan realiti. Setiap istilah yang disusun secara abjad memudahkan pengguna untuk mencari maklumat secara pantas dan teratur, menjadikannya rujukan yang amat berharga dalam pembelajaran, penyelidikan, dan amalan kewangan Islam.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Karya Bestari Sdn Bhd","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47192528453789,"sku":"9789678610773","price":95.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9789678610773_s.jpg?v=1769669882","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/fiqh-muamalat-dan-kewangan-islam","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}