{"product_id":"fly-high-5-out-of-the-broken-sky","title":"Fly High 5: Out Of The Broken Sky","description":"\u003cp\u003eKepercayaan! Kisah ini tentang kepercayaan.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eNorish Qaira Asyikin... menempa kesusahan diri kerana terlibat dengan cinta suami orang. Itulah satu pengalaman paling hitam pada dirinya yang menyeret dia kepada hilangnya kepercayaan ayahnya yang garang itu kepadanya.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eHaji Ismail... seorang ayah yang tegas. Sekali dia dikecewakan, dia beri hukuman yang berat buat Norish. Norish tinggalkan kampung demi untuk menegakkan semula maruah dirinya.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eNamun takdir Allah itu indah. Allah tak pernah zalim. Namun Allah uji hamba-Nya selalu. Ketika Norish sudah memulakan latihan untuk menjadi juruterbang, Haji Ismail beri hukuman kepada anaknya dengan menyekat kewangan Norish. Biar anaknya belajar dapatkan sesuatu dengan susah!\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eNamun hukuman dari sang ayah itulah yang membawa Norish bertemu dengan bakal jodohnya.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003ci\u003e\"I don't know what to do. Ini aje yang I ada untuk teruskan hidup. Ayah I tak nak tolong I. I dah tak mampu. I malu. I tak berniat nak beratkan you dengan masalah I. You tak kenal I pun.\"\u003c\/i\u003e - Norish\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003ci\u003e\"Don't be sad... this time you're not starting from stratch. You're starting from experience. Don't give up on your study. You're halfway there.\"\u003c\/i\u003e - Jared Khoo\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eLelaki Cina beragama Kristian itu lekas mengikat hati Norish dengan ketulusan hatinya. Namun cinta tak semestinya semudah itu boleh diucapkan.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003ci\u003e\"I can't do this. Lama-kelamaan you akan berjumpa dengan orang lain. Abang Jared tak mahu jagakan jodoh orang.\"\u003c\/i\u003e - Jared\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003ci\u003e\"Is that what you think about all this time? You rasa I akan duakan you di sini? Don't you dare put that burden on me. Itu alasan you aje. Kalau tak suka, cakap ajelah tak suka. Jangan berdolak-dalih macam ni.\"\u003c\/i\u003e - Norish\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eBukankah Norish sudah belajar tentang kepercayaan? Dia sedar antara dia dan Jared hanya perlu ada kepercayaan untuk mereka kekal bersama. \u003ci\u003eOut Of The Broken Sky\u003c\/i\u003e... Norish tetap terbang tinggi. Biar sebesar apa salahnya, dia tetap sama macam hamba Allah yang lain. Layak bahagia!\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"RMA Studio","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":48642620981405,"sku":"9786297293048","price":48.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/fly-high-5-out-of-the-broken-sky","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}