{"product_id":"give-me-your-forever","title":"Give Me Your Forever","description":"\u003cp\u003eAngkara kehadiran orang ketiga, perkahwinan yang dibina oleh Nadiya Aleesa dan Muaz Naufal musnah. Nadiya bergelar ibu tunggal sebaik sahaja puteranya, Amsyar, lahir ke dunia.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eAdam Afham yang sentiasa berpegang dengan prinsip hidup ‘\u003ci\u003ejust go with the flow\u003c\/i\u003e’ tidak pernah menyangka takdir akan mempertemukan dia dan Nadiya dalam satu situasi yang tidak diduga. Pertemuan kedua mereka membuatkan Adam yakin bahawa semua yang terjadi bukan lagi sekadar kebetulan.  \u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e“Awak... ada terfikir nak kahwin lagi?”\u003c\/i\u003e – Adam Afham\u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e“Apa soalan awak ni?”\u003c\/i\u003e – Nadiya Aleesa \u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e“Saya serius. Awak tak rasa nak cari daddy baru untuk Amsyar?”\u003c\/i\u003e – Adam Afham \u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e“Saya boleh besarkan Amsyar sendiri, Adam. Dia tak perlukan daddy baru, atau daddy lama. Mummy dia dah cukup untuk dia.” \u003c\/i\u003e– Nadiya Aleesa\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eLuka daripada kegagalan perkahwinan sebelum ini menyebabkan Nadiya membina benteng pada dirinya. Untuk membuka semula hatinya terasa mustahil. Namun, mengenali Adam, dia mula temui rasa tenang yang perlahan-lahan merawat luka di hatinya.  \u003c\/p\u003e\u003cp\u003eSehinggalah ketenangan itu tergugat. Muaz muncul menuntut peluang kedua...   \u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e“Bagi saya peluang untuk betulkan semula hubungan kita? Bagi saya tebus semuanya. Saya janji, saya tak akan sia-siakan awak lagi. Saya akan pastikan awak bahagia.”\u003c\/i\u003e – Muaz Naufal\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eAntara masa lalu yang pernah melukai, dan masa depan yang menjanjikan harapan, Nadiya harus membuat pilihan.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eKali ini, bukan sekadar tentang dirinya sendiri. Ada Amsyar, yang perlu diberikan keutamaan.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eDan apa pilihan Nadiya?\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eKembali bersama Muaz atau membina bahagia baru bersama Adam?\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Rinsya Chasiani Publication","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":48642622062749,"sku":"9789672813880","price":44.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/give-me-your-forever","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}