{"product_id":"hayya-larlaith-hudanajwa-9786299212843","title":"Hayya \u0026 Larlaith","description":"\u003cp\u003eHayya Nur Laksha tidak pernah merancang untuk jatuh cinta ketika dia menyambung pelajarannya di Stanford, lebih-lebih lagi kepada seorang lelaki berbeza agama seperti Larlaith Nathaniel Halston.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSemuanya bermula dengan sebuah peta yang terbalik, sebuah basikal hitam dan satu huluran tangan yang tidak pernah disambut.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003cem\u003e“I’m Larlaith. Larlaith Nathaniel Halston.”- Larlaith Halston\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003e“I'm sorry. In my religion…I don't shake hands with men who aren't mahram.”- Hayya Laksha\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eLarlaith tidak tersinggung, tidak mempersoalkan dan tidak juga mentertawakannya. Sebaliknya, lelaki itu menarik semula tangannya sebelum meletakkannya di dada.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003e“No, don't apologize. Thank you for telling me.”- Larlaith Halston\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSejak hari itu, Larlaith perlahan-lahan menjadi seseorang yang terlalu sukar untuk Hayya abaikan. Dia muncul bersama kamera analognya, Bahasa Melayu yang sering bertukar menjadi Bahasa Indonesia dan senyuman yang menyakitkan hati yang entah bagaimana akhirnya menjadi sebahagian daripada hari-hari Hayya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eLarlaith menyimpan Hayya melalui setiap gambar yang diambilnya dan Hayya pula tanpa sedar memenuhi sketchbook kulit coklatnya dengan lelaki yang sama.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDi antara studio seni, perpustakaan, piano, muzium, kopi, matcha dan perjalanan berbasikal mengelilingi Stanford, persahabatan mereka perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang tidak lagi mampu dipanggil sekadar persahabatan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eTetapi Hayya seorang Muslim dan Larlaith seorang Kristian.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDi leher Larlaith sentiasa ada rantai salib perak pemberian ibunya, sementara tudung yang dipakai Hayya merupakan sebahagian daripada agamanya yang tidak pernah mahu dikorbankannya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMereka tahu sejak awal bahawa mereka berbeza. Mereka cuma tidak pernah menyangka perbezaan itu akan terasa begitu kecil ketika mereka sedang jatuh cinta.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003e“I don’t need you to become someone else so I can love you.”- Larlaith Halston\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMaka mereka memilih untuk mencuba tanpa meminta sesiapa menukar agama, tanpa meninggalkan prinsip dan tanpa sentuhan yang melanggar batas Hayya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eHanya dua orang yang percaya bahawa selama mereka saling menghormati, mungkin cinta mereka masih mempunyai tempat untuk wujud sehinggalah Stanford tidak lagi menjadi satu-satunya dunia mereka.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eApabila persoalan tentang keluarga, agama dan masa depan mula muncul, Hayya dan Larlaith terpaksa berhadapan dengan satu pertanyaan yang selama ini terlalu takut untuk mereka tanyakan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eAdakah mencintai seseorang seadanya cukup apabila masa depan meminta lebih daripada sekadar cinta?\u003c\/p\u003e","brand":"Qass Publication","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":48981585559709,"sku":"9786299212843","price":55.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/Hayya___Larlaith_FC_9786299212843_mphbooks.jpg?v=1792380705","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/hayya-larlaith-hudanajwa-9786299212843","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}