{"product_id":"her-werewolf-prince","title":"Her Werewolf Prince","description":"\u003cp\u003eNiat nak healing di kolam air panas dek putus tunang sekali pakej dibuang kerja, tak pasal-pasal kena culik oleh ketua serigala jadian. Semuanya gara-gara dia bertengkar dengan bekas tunang dalam telefon dan tanpa sedar kereta tersalah masuk ke simpang jalan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e“Kau nak duit ke? Aku orang miskin! Kalau kau nak dapatkan duit daripada aku pun, bagi aku bercakap dengan emak dan ayah aku. Tapi jangan apa-apakan mereka. Aku ke sini untuk bercuti, bukan ditahan dalam penjara.” – Maya Lewis\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e“Kau boleh lari, dipersilakan...” – Alpha Levi Johnson\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMaya sanggup buat apa saja asalkan dia dibebaskan dari penjara bawah tanah itu. Dan hasratnya ditunaikan dengan syarat.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e“Syarat apa?” – Maya Lewis\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e“... kalau aku berjaya tangkap kau semula, kau... mesti patuh arahanku...” – Alpha Levi Johnson\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e“A-Apa maksud kau dengan tangkap?” – Maya Lewis\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e“Serve me as my slave.” – Alpha Levi Johnson\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e“Go to hell!” – Maya Lewis\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSatu perkara yang tidak diketahui Maya. Levi bukan saja-saja menculiknya. Rupa-rupanya dia ialah pasangan takdir kepada ketua serigala jadian itu. Apa?! Tapi dia manusia!\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eHanya kerana malu pasangan takdirnya bukan keturunan serigala jadian, Levi terpaksa melabel Maya sebagai hamba sebelum menjadikannya pembantu peribadi alpha.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eCubaan melarikan diri? Setiap hari.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003ePerang mulut? Tak terkira.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eJatuh cinta? Dalam diam...\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eTarikan ‘pasangan takdir’ tidak dapat disangkal, namun kedegilan mereka untuk menerima kenyataan itu diuji dengan babak-babak cemas yang hampir meragut nyawa mereka.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e“... Sifat kemanusiaan bukan cara kami mengawal mereka di sini kerana instinct kami bersifat binatang.” – Alpha Levi Johnson\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e“Dasar binatang!” – Maya Lewis\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eIni ialah dunia serigala jadian. Tiada tempat untuk manusia di sini. Jadi mengapa Maya, si wanita New York, ditakdirkan sebagai pasangan takdir kepada Levi, ketua serigala jadian? Apa mungkin pasangan takdir yang ditentukan... salah?\u003c\/p\u003e","brand":"Atap Publication","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47339664408733,"sku":"9786299947936","price":35.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9786299947936.webp?v=1761535042","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/her-werewolf-prince","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}