{"product_id":"hijab-sang-pencinta-edisi-khas","title":"Hijab Sang Pencinta (Edisi Khas)","description":"\u003cp\u003eRASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBerita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSaifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eNamun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eHIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini...\u003c\/p\u003e","brand":"Buku Prima Sdn Bhd","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":46096351068317,"sku":"9789672858690","price":37.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/my-11134207-7rasg-mab1c6avdnt3da.webp?v=1775724419","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/hijab-sang-pencinta-edisi-khas","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}