{"product_id":"his-angels-determination","title":"His Angel's Determination","description":"\u003cp style=\"text-align: left;\"\u003ePada era keagungan Dinasti itu, Zhen Mei Xuan mendaki tangga kuasa demi mencapai keadilan. Selepas kematian tragis sahabat baiknya, bekas Ratu An Yue. Zhen Mei Xuan berjanji untuk mendedahkan kebenaran di sebalik konspirasi gelap yang menyelubungi harem.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: left;\"\u003eSebagai Ratu yang baru, dia terpaksa menghadapi pelbagai konflik dalaman berhadapan dengan tipu daya Ibu Suri yang licik, persaingan sengit antara sepuluh gundik yang ingin merebut perhatian raja, dan tekanan besar untuk mengukuhkan kedudukannya di tengah-tengah politik istana yang berbahaya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: left;\"\u003eNamun, tugasnya tidak sekadar menjaga kestabilan takhta. Hatinya juga diuji oleh cinta terpendam yang telah lama wujud terhadap si Raja. Cinta pertamanya. Di sebalik kewibawaannya sebagai pemimpin, dia tetap seorang wanita yang berjuang dengan perasaannya sendiri, antara cita-cita dan cinta.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: left;\"\u003eDengan elemen dunia istana yang kaya dan kompleks, Ratu Zhen Mei Xuan membawa pembaca menyelami pengorbanan, intrik, dan kekuatan seorang wanita yang tidak gentar menghadapi apa jua cabaran demi keadilan dan kebahagiaan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003e\"Ratuku adalah bidadari dengan sifat pengasih, dia tidak gentar menjadi pejuang demi perjuangannya.\"\u003c\/em\u003e —Raja Liang Tian\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Firdaus Press Publications","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47673062949021,"sku":"9786299723486","price":45.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9786299723486.jpg?v=1772768892","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/his-angels-determination","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}